Dalam keadaan negeri-negeri di Malaysia ketika ini dikejutkan dengan bencana banjir yang sedang melanda, ramai dikalangan pemilik rumah kawasan rendah sudah mula menekan buang panik oleh kerana rumah mereka mula dinaiki air. Hal ini disebabkan oleh faktor hujan yang berpanjangan menyebabkan terjadinya banjir dan tanah runtuh.
Saat ini, banyak negeri-negeri yang mula terkesan dengan banjir seperti Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Johor. Selain isu banjir, di Selangor sekali lagi dikejutkan dengan isu bencana alam lain seperti tanah runtuh, kawasan yang terkesan disebabkan tanah runtuh ini adalah di Batang Kali.
Jadi, Giler Deco pada kali ini mahu berkongsi beberapa tips keselamatan yang berguna sekiranya menghadapi masalah banjir seperti ini. Jom sama-sama ikuti perkongsian ini.
Membuat Persediaan Menghadapi Banjir:
Persediaan Semasa Tanda-Tanda Banjir Hampir Tiba:
Semasa Pemindahan:
Langkah Keselamatan Semasa Menghadapi Banjir:
Semasa menghadapi bencana banjir yang tidak dapat dielakkan ini, kita perlulah tahu sedikit sebanyak mengenai pengetahuan keselamatan dan persediaan awal supaya ia berguna semasa menghadapi musibah ini.
Sekurang-kurangnya, ia dapat menyelamatkan nyawa kita dan keluarga, serta dapat mengurangkan kos kerugian yang tinggi bakal dihadapi semasa banjir.
Semasa di Luar Rumah:
Pergi ke tempat yang selamat. Elakkan dari melalui banjir tersebut, jika melalui banjir yang mempunyai arus yang deras, ia boleh menghanyutkan kita. Selain itu, dinasihatkan supaya jangan sesekali bermain dikawasan banjir tidak kira dengan bersampan atau berjalan kaki.
Hal ini kerana, dengan berbuat demikian kita dapat mengelakkan dari berlakunya lemas dan sebagainya. Di samping itu, jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh. Dengan demikian, ia dapat mengelakkan diri dari terkena renjatan elektrik.
Akhir sekali, awasi anak-anak dan jangan biarkan mereka minum, bermain air banjir di longkang, lombong dan sungai. Pencegahan ini perlu dilakukan bagi memastikan tidak berlakunya insiden yang melibatkan nyawa.
Semasa Di Dalam Kenderaan:
Sekiranya kenderaan yang dinaiki itu tersangkut, kunci kenderaan tersebut dan tinggalkan sahaja di situ lalu bergeraklah dan mencari tempat yang lebih selamat.
Jangan sesekali mengharungi kawasan banjir tersebut, hal ini kerana, ia lebih membahayakan keselamatan dan berkemungkinan boleh dibawa arus. Disarankan patah balik dan cari tempat tinggi yang lebih selamat.
Selepas Banjir:
Selepas pihak berwajib membenarkan untuk pulang ke rumah, pastikan memakai kasut sebelum masuk ke dalam kawasan rumah tersebut. Mula-mula, periksa keadaan dinding, lantai, pintu dan tingkap terlebih dahulu.
Selepas itu, periksa sebarang kehadiran haiwan atau binatang liar dan serangga berbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan dikawasan rumah anda. Anda perlu perhatikan keadaan siling dan dinding yang mereka dan jatuh, risau jika ianya runtuh dan sebagainya.
Selain itu, untuk bahagian dapur pula, perlu periksa paip saluran gas yang mungkin bocor atau pecah setelah dilanda banjir. Wayar elektrik yang terendam juga wajib diperiksa, ia sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan berlakunya litar pintas akibat terkena air banjir.
Selepas itu, periksa barangan elektronik, pastikan terlebih dahulu sama ada ianya masih elok dan boleh digunakan atau telah rosak. Bahan-bahan yang mudah terbakar juga perlu diperiksa, contoh bahan yang mudah terbakar adalah minyak tanah, petrol, diesel dan lain-lain.
Akhir sekali, jika terdapat makanan yang terkena banjir, tidak kira makanan di dalam peti atau makanan dalam tin sekali pun, disaran untuk membuangnya. Jika adanya kerosakan yang teruk, segeralah laporkan kepada pihak yang berwajib bagi mengelakkan isu-isu yang tidak sepatunya terjadi.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga kita sentiasa dielakkan dan dijauhkan dari musibah banjir yang melanda. Amin