Cara Elakkan Pensel Warna Anak Hilang

310 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Masalah peralatan sekolah anak hilang memang sudah tidak dapat dielakkan dan sering kali kerap terjadi. Kadang-kadang sebagai ibu-bapa, pening juga setiap kali hilang, sudah pasti kena beli baru.

Jadi, bagi mengelakkan dari berulangnya perkara yang sama, kita perlu fikirkan satu cara mudah. Langkahnya cukup mudah, modal yang perlu dikeluarkan hanya dengan membeli cable tie sahaja tau.

Perkara tersebut telah dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Mohd Hazahari Md Hussin, disebabkan tidak mahu lagi pensel warna anaknya hilang, beliau telah berjaya memikirkan satu cara yang berkesan dengan menggunakan cable tie sahaja.

Jadi, jom kita cara-caranya di bawah ini.

Cara Elakkan Pensel Warna Anak Hilang

Cara tak nak bagi pensel warna anak hilang. Saya dapat idea ini sebab isteri saya ada tunjukan yang orang lain buat.

Jadi, saya cuba buatkan untuk anak saya pula supaya tak hilangkan lagi pensel warna. Semoga bermanfaat buat semua.

Berikut merupakan gambar langkah demi langkah yang saya buat.

Cable tie yang digunakan.

Pensel warna yang akan dipasang cable tie.

Bentukkan cable tie seperti gambar di bawah ini.

Kemudian, balut cable tie itu pada pensel warna dengan menggunakan tape.

Beginilah hasilnya. Barulah pensel warna tidak hilang selepas ini.

Sangat mudah dan begitu ringkas perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Kredit: Mohd Hazahari Md Hussin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down