Siapa kata kaum wanita tidak pandai untuk menghasilkan dekorasi pada dinding dengan menggunakan wainscoting seperti ini? Kaum hawa pun boleh hasilkan kerja-kerja pertukangan yang sangat kreatif juga tau!
Perkara tersebut telah dibuktikan oleh seorang gadis yang bernama Liza Liza. Beliau secara seorang diri sahaja telah menghasilkan dekorasi dinding pada ruang tamu dengan menggunakan wainscoting PVC.
Selain itu, beliau juga berkongsi langkah pemasangan wainscoting PVC paling jimat bagi memudahkan orang ramai menghasilkan projek DIY seperti ini.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian ini dengan kebih lanjut di bawah ini,
Masih dalam process sebab saya berkerja. Jadi, cat nanti dahulu.
Terima kasih kepada group ini. Jadi sumber inspirasi dan idea. Paling mencabar apabila buat sorang-sorang, Nak mengukur, mengetuk, memotong sampai jam 2 pagi tak tidur.
Senarai barangan yang digunakan bagi menjayakan projek pemasangan wainscoting pada dinding ruang tamu.
Bahagian dinding yang ingin dipasang wainscoting tersebut.
Proses pertama, ukur bahagian dinding yang ingin dipasang wainscoting itu dengan menggunakan pengukur air. (Water Level)
Wainscoting PVC mula dipasang bagi membentuk kerangka terlebih dahulu.
Kemudian, lekatkan mengikut corak dan gaya pilihan hati.
Untuk langkah mengukur, menampal, memaku dan menyapu filler, boleh dikatakan memakan masa satu hari setengah juga untuk dilakukan.
Selepas itu, kena gosok dengan kertas pasir, kikis mana yang comot dan kemudian barulah cat. Kalau nak cat terus pun boleh. Namun, sebab nak nampak sempurna, kita buat step by step. Apabila sudah siap baru boleh tidur dengan lena.
Inilah hasilnya setelah projek DIY ini selesai dilakukan.
Sangat hebat hasil yang dilakukan oleh gadis ini. Walaupun seorang diri sahaja, beliau mampu hasilkan dekorasi dinding secantik ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.