Lelaki Ini Transform Rumah Berkonsepkan "Japan Minimalist"

59,082 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Anda pernah tak terfikir untuk membeli rumah yang merupakan sampah bekas penagih dadah? Kalau diikutkan, mesti ramai yang tidak mahu beli rumah sebegitukan? Namun, lelaki ini mengambil risiko untuk membeli rumah tersebut untuk didiaminya.

Lelaki ini yang dikenali sebagai Mohd Khairul Mk membina keazaman mahu mengubah rumah tersebut dari segenap sudut hingga terhasilnya rumah idaman beliau iaitu sebuah rumah idaman berkonsep "japan minimalist".

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda, bagaimana lelaki ini transform daripada rumah yang dipanggil sampah bekas penagih dadah menjadi rumah berkonsepkan "japan minimalist". Jom kita tengok.

Beli Rumah Bekas Penagih, Lelaki Ini Transform Menjadi Rumah Berkonsepkan "Japan Minimalist"

Dari rumah ‘Sampah Penagih Dadah’ ke rumah impian saya buat masa ini. Ye siapa tidak mahu duduk di banglo, ada kolam renang, ada helipad dan garage tetapi saya realistik. Apa yang dilakukan hendaklah selari dengan kemampuan. InsyaAllah satu hari nanti jika diizinkan-NYA.

GAMBAR SEBELUM LAKUKAN TRANSFORMASI

foto 1 1

foto 3 1

foto 2 1

foto 14 1

Beliau telah menyatakan bahawa dia ingin melakukan transformation untuk rumah ‘sampah’ yang dibelinya. Beliau menegaskan bahawa dia hanya inginkan konsep industri yang bukan semata mata ‘nampak industri’ hanya pada perabot namun pada seluruh kediamannya.

Saya mahukan rumah idaman, bukan rumah ortodok seperti dalam kehidupan zaman lalu, bukan rumah yang dibina untuk ‘impress’ sedara mara bila raya, bukan rumah yang sofa hanya tetamu boleh duduk, pinggan mangkuk mahal dalam almari dan hanya boleh guna bila orang datang.

GAMBAR SELEPAS MELAKUKAN TRANSFORMASI 

japan minimalist

japan minimalist

japan minimalist

japan minimalist

japan minimalist

japan minimalist

Menekankan Ciri-Ciri " Japan Minimalist "

Beliau menyatakan bahawa beliau inginkan rumah yang ada jiwa dan selesa pada waktu yang sama. Anak-anak akan ada bilik masing-masing dan ada wardrobe. Namun beliau menyatakan tidak mahu ada tv diruang tamu kerana ruang tamu bukan ruang menonton tv.

Beliau menjelaskan mungkin dia sering ke Jepun dan Australia dimana ia melihat konsep rumah yang berbeza. Jepun punya "minimalist" ialah setiap ruang mesti digunakan sepenuhnya dan tiada benda benda merepek yang tidak patut

Untuk Australia pula, mereka mempunyai tanah yang luas juga menerapkan konsep minimalist. Ada ruang makan, ada ruang keluarga dan ada ‘Mancave/Garage” hanya untuk bapa/suami berehat.

Sumber : Mohd Khairul Mk

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- Ibu Ini Kongsi Cara Ubah Meja Makan Menjadi Tempat Pembelajaran Online (PdPR) Bercirikan Style Pejabat !!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down