Makeover Bajet Bilik Adik Perempuan Menelan Kos RM400

9,762 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang tak kenalkan tiktokers yang bernama @mumumellow ini. Beliau sememangnya terkenal dengan tiktok dalam melakukan apa jua diy rumah, dekorasi rumah dan sebagainya. Beliau antara yang terkenal dengan membawa guni ke kedai eco membeli barangan hias halaman rumah beliau.

Kali ini, beliau berkongsikan pula sebuah makeover bajet bilik adik perempuan iaitu @ziey_hann ini. Melihat hasil yang dilakukan oleh beliau sememangnya merupakan perbuatan yang terbaik daripada seorang abang terhadap adik perempuan.

Jom kita melihat proses-proses makeover bilik adik yang dilakukan oleh @mumumellow. Sudah pastinya ini akan menjadi inspirasi untuk anda semua.

Makeover Bajet Bilik Adik Perempuan Yang Menelan Kos Sebanyak RM400 Lebih

Sorry lama tak upload. Saya masih fikir adakah saya ni betul2 ditakdirkan menjadi tiktoker👴🏽 Ini dia makeover bilik adik perempuan saya iaitu @ziey_hann

Proses Makeover Bajet Bilik Adik Perempuan Dilakukan Oleh Abang Sendiri

Gambaran bilik adik perempuan yang dulu sebelum makeover dilakukan.

Makeover Bajet Bilik Adik
Makeover Bajet Bilik Adik

Gambaran bilik adik yang baharu selepas makeover dilakukan.

Makeover Bajet Bilik Adik

Proses-Proses Dalam Melakukan Makeover Bajet Bilik Adik

Yang pertama dahulu kosongkan dahulu bilik adik ni. Banyak proses yang hendak dilakukan terutamanya mengecat bilik ini.

Sebelum mengecat, buang dahulu kesan-kesan double tape dan skru.

Makeover Bajet Bilik Adik

Untuk tutup lubang dinding pula adalah dengan meletakkan putty filler.

Seterusnya bersihkan dahulu segala dinding dan juga siling. Pastikan guna masking tape sebelum mengecat untuk elakkan cat terkena tempat tidak sepatutnya.

Makeover Bajet Bilik Adik

Barulah proses mengecat boleh dilakukan.

Kabinet yang sebelum ni telah spray baru dan dipasangkan lampu kabinet untuk nampak kabinet moden.

Makeover Bajet Bilik Adik

Track light juga jangan lupa untuk pasang.

Ramai yang suggest gunakan lantai vinyl floor. Jadi, gunala untuk proses makeover bilik adik ini.

Makeover Bajet Bilik Adik

Hasil Akhir Makeover Bilik Adik Dilakukan Ini

Melihat kepada hasil akhir makeover bilik ni boleh dikatakan bahawa @mumumellow telah melakukan makeover dengan baik.

Makeover Bajet Bilik Adik

Bertemakan warna "flawless white", kabinet yang moden dan konsep minimalis sememangnya sesuai untuk bilik kecil sebegini.

Makeover Bajet Bilik Adik

Video Tiktok Makeover Bilik Adik Ini

@mumumellow

Sorry lama xupload.Saya masih fikir adakah saya ni betul2 ditakdirkan menjadi tiktoker👴🏽 ini bilik adik saya @ziey_hann

♬ Bad Habits - Ed Sheeran

Kredit : @mumumellow

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down