Transformasi Bilik Adik Lelaki Yang Buruk Menjadi Baharu

6,355 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Adakah anda mempunyai adik lelaki dirumah dan pernahkah anda jenguk bagaimana rupa bilik beliau? Jika tak pernah jadi eloknya tolong jenguk-jengukkan bilik adik lelaki adakah ianya tersusun dengan kemas dan rapi atau sebaliknya.

Macam yang dikongsikan oleh Muhammad'Asyffeq Arba'in. Beliau melihat bilik adik lelakinya sangatlah teruk dan buruk. Dengan tilam tiada cadar, dinding warna tak sekara dan kedudukan tidak kemas. Terdetik hati beliau untuk melakukan sebuah transformasi bilik tidur adiknya.

Hasil transformasi tersebut telah dilakukannya olehnya agar bilik tidur adiknya yang kelihatan buruk tersebut kembali kelihatan cantik. Dengan penggunaan warna bertemakan "black white" ini sangatlah menyerlah hasil tarsnformasi dilakukan ini. Jom kita tengok perkongsian daripada ini.

Lelaki Ini Kongsikan Transformasi Bilik Adik Lelakinya Yang Kelihatan Buruk Menjadi Baharu

DEKO BILIK ADIK LELAKI simple simple je.

Biasa laa bilik bujang, jarang kemas, so abang dia buat simple2 je, supaya senang nak kemas.

Saja buat gelap, nak bagi nampak maskulin ckit ntah laa, bukan reti sangat pon deko2 ni, tapi minat.

Lampu gasoline tu restore dan modified dari lampu lama simpanan abah.

Keadaan Bilik Sebelum Proses Transformasi Ini Dilakukan

Bagaimana rupa bilik adik lelaki yang sebenar? Inilah dia rupanya. Sebelum transformasi ini dilakukan, terdapat beberapa benda yang tak cantik permandangannya. Ianya adalah tilam yang tiada cadar, warna dinding yang tak sekata dan kedudukan yang tidak teratur.

Transformasi Bilik Adik

Hasil Bilik Tidur Selepas Transformasi Ini Dilakukan

Selepas menghasilkan transformasi bilik adik lelaki ini, inilah dia hasil transformasi yang dilakukan ini. Dengan pernggunaan warna hitam dan putih ini barulah nampak lebih maskulin dan bilik juga nampak cantik jer.

Transformasi Bilik Adik
Transformasi Bilik Adik
Transformasi Bilik Adik
Transformasi Bilik Adik

Banyak barangan yang dibeli untuk lakukan transformasi ini dibeli di platform Shopee. Antaranya ialah :-

Transformasi Bilik Adik

Sumber : Muhammad'Asyffeq Arba'in

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down