Makeover Belakang Rumah Hasilkan Dapur Luar Dan Ruang Laundry

9,814 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika kawasan luar rumah kita ada ruang yang agak terbiar, apa kata jadikan rumah itu berguna untuk aktiviti seharian kita di rumah. Kebanyakan ruang bahagian luar tersebut cukup terdedah dan terbuka.

Jadi, perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan hasilkan renovasi pada bahagian belakang tersebut dengan menukarkan pagar dawai lama dengan naikkan pagar bata dan jadikan kawasan itu sebagai ruang yang tertutup.

Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Shahir Rashid. Beliau telah memanfaatkan bahagian belakang itu dengan menjadikan satu ruang yang cukup berguna.

Untuk melihat projek renovasi yang dilakukan, jom teruskan bacaan di bawah ini.

Makeover Belakang Rumah Terbiar, Lalu Dijadikan Kawasan Laundry Dan Dapur Luar

Sebelum projek memperbesarkan ruang belakang rumahnya dilakukan, beliau melakar plan terlebih dahulu.

Bahagian inilah yang akan diubahsuai nanti.

Bahagian pagar dawai itu dibuang dan kemudian, dinaikkan pagar bata.

Inilah hasilnya setelah bahagian belakang rumah ini selesai diperbahaharui lalu menjadikannya bahagai dapur luar rumah dan ruang laundry.

Walaupun hanya melakukan renovasi secara kecil-kecilan sahaja dengan cara jimat, ia sudah mampu mempeluaskan lagi kawan rumahnya itu. Syabas Giler Deco ucapkan.

Rasanya perkongsian pada kali ini sampai di sini sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down