Cara Susunan Barang Dalam Bilik Stor Yang Kemas Dan Teratur

61,252 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila bercakap mengenai susunan barang didalam stor kan sudah pastinya kita akan berasa serabut kan? Lebih-lebih lagi kalau susunan didalam bilik stor tersebut semuanya tidak teratur dan bersepah. Sebenarnya, ada sahaja cara yang betul untuk membuatkan susunan barang didalam stor nampak kemas dan teratur.

Untuk nampak kemas dan teratur, anda boleh ikuti cara yang dilakukan oleh Neena Zaidi ini. Beliau melakukan sebuah plan untuk memastikan susunan didalam bilik stor tidak lagi nampak serabut dan sentisa nampak kemas. Jadi, tunggu apa lagi? Jom kita tengok apa plan yang dilakukan dan hasil susunan stor beliau selepas lakukannya.

Ikuti Cara Susunan Barang Yang Betul Dalam Bilik Stor Yang Dilakukan Wanita Ini

Baru selesai organized part yang paling mencabar sekali dalam rumah iaitu bilik stor. Alhamdulillah dapat settle sebelum masuk Ramadhan. Enjoy the before & after photos.

Gambar Susunan Barang Didalam Stor Sebelum Diubah

Bilik stor ni kecik je, 6 kaki x 7.5 kaki (180cm x 230cm). Nampak besar sebab saya gunakan kamera efek wide angle.

Cara Susunan Barang

Mula2 dulu stor ni ok sikit, tapi makin lama makin serabut. Setiap kali cari barang mesti tak jumpa pastu lepas punggah jadi bersepah.

Pre-Planning Untuk Susunan Bilik Stor Ini

Tips utk maximise penggunaan ruang:

1. Plan sebelum mula organize. List kan brg2 yg ada dlm stor mengikut kategori.

2. Ukur keluasan bilik.

3. Pre-plan kedudukan rak dlm bilik.

4. Cari saiz boltless rack yg bersesuaian dgn saiz bilik.

5. Cari storage bin yg bersesuaian dr segi saiz dgn kuantiti yg mencukupi utk stp kategori brg

Hasil Susunan Didalam Bilik Stor Selepas Diubahsuai

Hasil daripada proper pre-planning : Lebar bilik 6 kaki. Depth rak kiri 2 kaki, depth rak kanan 1 kaki. Saya ada ruang 3 kaki kat tengah2 untuk berjalan dan ambil barang tanpa sebarang halangan.

Cara Susunan Barang

Bahagian ni saya gunakan rak dan storage box yang sedia ada je. Tak nak membazir beli bekas baru. Depth rak ni 30cm. Dapat la ambik gambar keseluruhan dari depan sebelum masukkan rak lagi satu.

Ini rak baru. Depth 60cm. Storage bin warna biru yang lama. Warna merah tu baru.

Cara Susunan Barang

Kredit : Neena Zaidi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down