Setiap orang sudah pasti ada memasang impian untuk memiliki bilik air yang kelihatan cantik dan menarik. Lagi-lagi apabila kawasan bilik air di rumah sudah lama tidak diubahsuai dan dicantikkan dengan gaya baru.
Namun, bukan semua orang memiliki bakat dalam melakukan ubahsuai kediaman dengan cara sendiri. Ada juga yang cuba lakukan sendiri tetapi hasilnya kurang memuaskan.
Jadi, sekiranya kita tidak begitu mahir dalam melakukan kerja pertukangan, tidak salahnya kita cuba mengupah individu yang pakar dalam penghasilan ubahsuai dan dekorasi ini.
Pemilih rumah ini memilih untuk menggunakan khidmat pereka design dalaman rumah yang pakar iaitu Wani Ziwani. Beliau telah diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam melakukan makeover bilik air utama tersebut kepada gaya lebih elegan dan mewah.
Untuk mengetehui dengan lebih lanjut bagaimana ianya dilakukan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Sebelum dan selepas ubahsuai tandas utama.
Alhamdulillah sudah selesai.
Keadaan lantai bilik air sebelum diubahsuai. Ketika ini proses pecahkan lantai dilakukan terlebih dahulu untuk ditukarkan kepada gaya baru yang lebih menarik.
Lantai yang dipecahkan tadi dicuci dan dibuang.
Proses mengukur pula dilakukan pada bahagian pintu kerana ingin dipecahkan untuk pemasangan suiz.
Bahagian dinding pintu tersebut selesai dipecahkan.
Keadaan pintu setelah selesai dinaikkan jongkong bata semula.
Bahagian dalaman tandas semasa dalam proses ubahsuai.
Hasil selepas bilik air ini diubahsuai. Cukup cantik dan kelihatan sangat elegan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana dalam mencari idea untuk ubahsuai bilik air rumah masing-masing. Semoga bermanfaat.