Bilik tidur merupakan tempat yang banyak kita habiskan masa berbanding ruangan lain. Jadi, kita haruslah melakukan makeover bilik lama agar ia lebih selesa dan kelihatan nampak cantik. Apabila sudah selesa ini, ia bukan hanya sekadar cantik sahaja namun tidur pun dengan lebih nyenyak
Seperti yang dilakukan oleh Wawa Ziwani dan juga suaminya. Mereka hanya memerlukan tempoh 2 minggu sahaja untuk melakukan makeover dan menyiapkan dekorasi bilik tidur yang berkeluasan 22ft x 11kaki.
Makeover ini kebanyakkan hanya menggunakan barang-barang dekorasi dari kedai-kedai bajet seperti MR DIY, kaison dan juga Shopee melalui online. Keseluruhan kos renovasi menelan belanja hampir RM1800 termasuk dekorasi + cat + kayu wainscotting.
Selamat malam you all, asyik upload rumah client je kan, malam ni kita ulang tayang makeover bilik sendiri 2 tahun dulu. Selimut senget dont care gambar lama.
Sebelum-rumah second hand ini baru lepas siap pasang mozek. Asal lantai parkir yang dah banyak rosak.
Investment untuk makeover bilik ni masa tu almost 10k (upah takda pasal semua buat sendiri) dan sales yang berjaya dibuat oleh gambar-gambar "bilik tidur" ni tahun lepas ratusan ribu juga.
Sebelum & Selepas Makeover Rumah Lama Ini Dilakukan
Beginilah dia rupa bilik tidur lama ini. Ni pun dah siap cuci-cuci sikit daripada lantai yang berdebu ini.
Hasil Akhir Makeover Bilik Ini Dilakukan
Tadaaaaa! Inilah dia rupa dan hasil akhir makeover bilik tidur lama ini dilakukan. Dengan penggunaan warna bertemakan "Soft Blue" ini dan ditambahkan lagi dengan penggunaan wainscoting moden sangat menaikkan dekorasi bilik tidur ini.
Pandagan jelas terhadap rupa dan juga rekabentuk wianscoting moden yang dilakukan ini.
Sumber : Wawa Ziwani