Proses Makeover Bilik Tidur Dengan Recycle Barang Lama

2,388 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

"Dari Bilik Tidur Yang Biasa & Suram, Kini Diberikan Nafas Baharu Oleh Owner Sendiri"

Itulah yang mampu diungkapkan kepada Ahlia Muhammad Amir ini apabila beliau berkongsikan hasil proses makeover bilik tidur beliau ini. Menurut beliau lagi, hasil makeover tersebut tidaklah banyak mana yang ubah kerana kebanyakkanya menggunakan barang yang lama sahaja. Cuba ada bahagian tertentu yang baharu seperti langsir dan juga warna bilik.

Beliau juga telah berkongsikan hasil sebelum dan selepas makeover bilik tidur tersebut dilakukan. Jadi, jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Proses Makeover Bilik Yang Dulunya Suram Kini Kelihatan Cantik Dengan Barang Lama

Assalamualaikum & Selamat Pagi. Hasil dari tiap2 hari menjengah group ni. Dapat lah sedikit idea nak makeover bilik tidur. Masih belom complete. Plan2 mengayuh nya. Recycle balik barang2 lama cuma kene beli langsir dan cermin.

Asalnya nak beli cermin ikea tapi harganya rm300. Jadi pergi beli langsir kat nilai jumpa cermin besar harga rm150 tengah offer akhir tahun rm90.

Tapi berejam dok mintak kurang last2 dapat la rm50. Bajet ciputt kene lah survey2 harga paling murah. Design cerminnya pon cantik. Design terbaru. Semua buat sendiri je.. cat pon sendiri.. gigih cat sorang2. Kalau upah orang mau beratus. Tebuk2 dinding mintak tolong dengan abang sendiri je.

Rupa Asal Bilik Tidurku Yang Lama Ini

Inilah dia rupa asal bilik lamaku ini. Ni masa anak kecil lagi. Kat tepi tu dah standby katil baby kalau-kalau ada masalah. Bakal menjadi kenangan.

Proses Makeover Bilik

Masa ni proses makeover telah dilakukan. Time ni waktu nak alihkan aircond ke tempat yang lain. Nak pindah aircond habis semua wiring juga kena tukar.

Hasil Akhir Makeover Bilik Tidur Ini Dilakukan

Inilah dia hasil proses makeover bilik tidur ini dilakukan. Untuk makeover ini, kami masih lagi gunakan barang-barangan yang lama dan juga sedikit barang baru seperti tukarkan langsir, cat warna yang baru dan sebagainya.

Proses Makeover Bilik

Bagilah peluang untuk saya dan suami romantik balik. Hehehehe.

Proses Makeover Bilik

Sumber  : Ahlia Muhammad Amir

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down