Bercakap mengenai makeover bilik master bedroom ni banyak kisahnya. Ada yang nak tukar design, ada yang nak besarkan bilik tersebut dan sebagainya. Bilik master bedroom yang terbiar pun ada tetapi kebanyakkan akan mengalami masalah perabot rosak.
Perkongsian daripada Ayu Mashruddin ini menunjukkan sebuah projek makeover master bedroom milik arwah ayah yang meninggal dunia. Namun, selepas meninggal rumah tersebut telah lama terbiar dan tiada siapa duduk sehingga ada masalah anai-anai yang memakan perabot didalam bilik tersebut.
Jadi, disebabkan tak nak terbiar dan tak guna macam tu jer. Projek makeover dilakukan. Sekurangnya bilik master bedroom tersebut akan terjaga dan mampu digunakan untuk orang lain. Katil maintain yang lama cuma perabot jer ganti yang lain.
Lepas arwah papa meninggal, Master Bedroom ni takde siapa duduk. Wardrobe pulak kena makan dengan anai2. Habis semua kena buang.
So saya decide untuk buat makeover dan tukar jadi bilik saya. Katil maintain yang lama, perabot lain saya ganti semua dari Ikea (termasuk carpet & langsir)
Akibat Lama Terbiar Dan Masalah Anai-Anai, Makeover Bilik Terus Dilakukan
Bilik arwah papa yang lama terbiar dan tiada orang nak tidur disini.
Ia masih lagi dipenuhi dengan perabot-perabot yang lama. Nak alih pun tak tahu yang mana satu.
Kabinet ni kabinet lama dah.
Ini pula adalah almari yang ada pada ruang satu lagi. Almari ni besar dan sayang rasa nak buang.
Tetapi disebabkan lama ditinggalkan terbiar, kini ia dah menjadi sarang anai-anai dah.
Ya ampunnnnn, besarnya sarang anai-anai ni.
Makeover Bilik Master Bedroom Yang Sudah Siap Dilakukan
Alhamdulillah, setelah berhempas pulas dengan kerja dan bahagikan masa dengan kerja lain. Akhirnya siap juga makeover ini.
Katil kekal yang lama namun perabot sahaja kebanyakkan sudah tukar kepada perabot ikea.
Almari yang dimakan oleh anai-anai telah pun ditukar dan diganti dengan yang baharu.
Kredit : Ayu Mashruddin