Makeover Bilik Bujang Yang Sudah Terbiar Di Telan Usia

581 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ada bilik bujang yang terbiar di rumah atau di kampung? Apa kata lakukan sebuah makeover bilik bujang yang cantik dan elegan sebagaimana dilakukan oleh adik-beradik kepada Zubair Ibnu Zamli ini. Adik beradik ini bekerjasama mengubah sebuah bilik bujang terbiar yang di telan usia menjadi cantik seakan-akan bilik modern.

Menurut daripada Zubair Ibnu Zamli lagi, untuk barang-barangan didalam rumah ini kebanyakkan banyak dibeli di kedai eco, ikea dan banyak lagi. Cornice pula ramai-ramai pasang sendiri. Daripada membazir upah orang baik jer buat sendiri ramai-ramai.

Ingin melihat hasil akhir makeover bilik bujang yang dilakukan oleh adik-beradik ini? Jom kita tengok proses dan hasilnya pada ruangan bawah ini.

Kerjasama Adik-Beradik Kunci Dalam Proses Melakukan Makeover Bilik Bujang Yang Di Telan Usia

First time sharing.

Makeover bilik bujang yang dah terbiar di mamah usia Buat sama-sama dengan adik beradik dari lantai sampai la ke siling. Baru tahu peluh keringat orang bertukang. Bila dah selesai semua rasa macam pindah duduk rumah baru, walaupun masih dirumah dan bilik yang sama.

Barang-barang ada yang digunakan balik, ada yang beli baru, lantai vinyl eco rm2.10. Para2 ikea, beli simpan, hat ni baru digunakan, cat nippon lupa cod apa. Langsir ikea pon beli lama dah. Cornice beli barang pasang sendiri. Memang jimat total barang baru berapa ringgit saja tapi penat dia subhanallah.

Apa yang kita ada sebenarnya bukanlah segala galanya tapi kita yang menjadikannya cukup dimata kita.

Hasil Sebelum & Selepas Makeover Bilik Bujang Yang dilakukan

Keadaan bilik yang dahulu semasa peninjauan dilakuka.

Makeover Bilik Bujang

Sedih apabila tengok kawasan katil ni. Hukhuk. Cadar pun memang dah lama sangat dah ni.

Makeover Bilik Bujang

Masa ni cuba nak alihkan perabot-perabot lama keluar daripada bilik tersebut.

Makeover Bilik Bujang

Aircond ni memang tak nak alih dan ingin biarkan sahaja disitu. Kalau alih pun habis kena tukar wiring satu rumah.

Hasil selepas makeover besar-besaran dilakukan oleh adik beradik ini. Keseluruhan perabot adalah baru menggantikan yang lama.

Makeover Bilik Bujang

Kawasan katil yang dilengkapi dengan lampu dan tempat untuk melatkkan barangan harian seperti jam, telefon dan sebagainya.

Aircond memang tak ubah dan masih kekal guna yang lama.

Makeover Bilik Bujang

Kredit : Zubair Ibnu Zamli

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down