Makeover Bilik Tidur Lama Kepada Bilik Tidur Mewah

15,380 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rata-rata antara kita mempunyai bilik tidur untuk dijadikan tempat berehat. Kongsi bilik tidur atau gunakan stor sebagai bilik tidur bukan satu alasan untuk anda semua dapatkan bilik tidur mewah.

Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kalau korang nak, korang perlu dan wajib usaha sampai dapat. Seperti yang dilakukan oleh mariyanamufit, beliau telah mengumpul duit sendiri untuk jadikan bilik tidurnya lebih kemas dan cantik.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang telah dimuat naik di laman media sosial tik tok mengenai keadaan bilik tidur sebelum dan selepas dilakukan makeover.

Makeover Bilik Tidur Mewah Dengan Hasil Duit Simpanan Sendiri

@mariyanamufit

Alhamdulillah! Hasil consistent saving duit dapat buat bilik sendiri jadi bilik idaman 😩😍😭 #roommakeover #roomdecor #student #fyp #foryou

♬ original sound - Carter

Keadaan Bilik Tidur Sebelum Dilakukan Makeover

Bilik tidur tampak suram dan membosankan. Memang masa ni tak ada apa yang menarik tapi alhamdulillah tetap dapat tidur dengan selesa. Take time juga nak kumpul duit nak bagi bilik ni nampak lebih wow dan mantap ni. Tapi tak apa bab kata pepatah inggeris "Good Things Take Time". Jangan mengalah, teruskan usaha sampai dapat!

bilik tidur mewah

In Progress

Letak hangging rack sebab nak jimatkan space. Sedap sikit mata memandang. Susunan barang pun akan nampak lebih kemas.

Hasil Akhir Makeover Bilik Tidur Dengan Duit Sendiri

Alhamdulillah akhirnya siap juga bilik tidur ni! Auto nampak ceria dan menarik kan. Memang banyak kelainannya dengan bilik tidur sebelum ni.

bilik tidur mewah

Kalau yang suka ber "ootd" tu confirm fall in love dengan bahagian ni.

Hiasan atas meja sisi sebelah katil. Nampak mewah dan tersusun. Tak ada semua barang letak atas meja solek.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi bilik tidur lama kepada bilik tidur baru yang lebih ceria dan menarik. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua untuk makeover bilik tidur mewah yang diidamkan.

Kredit: @datinz (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down