Apabila melihat pintu bilik yang masih kukuh, tetapi kelihatan usang dan buruk maka tercetusnya idea untuk makeover pintu bilik menggunakan 3D Wallaper yang hanya dibeli di kedai Eco RM2.10. Inilah gambar pintu sebelum dan selepas diubah suai yang dikongsikan oleh Puan Nur Amira melalui facebook. Perkongsian kali ini adalah mengenai makeover pintu bilik kedap bunyi guna 3d wallpaper rm2.10.
Menarik bukan? Mari kita lihat apakah tips-tips yang dilakukan Puan Nur Amira.
Ini adalah keadaan pintu bilik sebelum dan selepas pintu bilik ini diubahsuai dengan gaya dan konsep baru yang cantik dan menarik. Yang membuatkan ianya lebih menarik, ubahsuai ini hanyalah menggunakan wallpaper 3D sahaja.
Bahan yang diperlukan tidak lah begitu banyak kerana diy kali ini adalah sangat simple.
Sebenarnya melakukan diy wallpaper 3D ini bukan benda yang sukar hanya perlu ketekunan dan kerajinan sahaja dalam melakukan diy seperti ini. Ikuti cara-caranya seperti dibawah ini.
Maka terhasil lah pintu yang bukan sahaja cantik bahkan pintu ini juga adalah kedap bunyi. Dari dalam bilik tidak kedengaran apa-apa bunyi dari bahagian luar .
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk kali ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi idea dan inpirasi kepada anda dalam cuba untuk mengubahsuai dan mendekorasi bilik anda supaya cantik dan kelihatan baru . Semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada anda. Selamat Mencuba!