Makeover Ruang Balcony Bilik Anak Jadikan Ruang Bersantai

1,204 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ruang balkoni merupakan anjung kecil yang kebiasaannya dibuat pada rumah jenis flat, apartment dan juga rumah 2 tingkat. Kalau ikutkan, ruang tersebut sering diabaikan dan agak jarang digunakan.

Sebenarnya, agak rugi sekiranya rumah kita memiliki balkoni, namun ianya tidak dimanfaatkan sebaiknya dengan membiarkan ianya kosong dan kotor. Jadi, apa kata ruang tersebut dideco sedikit supaya anak-anak dapat bersantai di situ.

Bagi memastikan ruang tersebut kembali ceria, ibu kepada dua orang anak yang bernama Nadiah Syed Nahar ini telah menghasilkan makeover ruang balkoni bilik anaknya lalu dijadikan ruang bersantai dan melakukan kerja sekolah.

Jadi, jika mahu mengetahui dengan lebih lanjut, jom kita terus ikuti di bawah ini.

Makeover Ruang Balcony Bilik Anak Sebagai Ruang Lepak

Sebelum dan selepas makeover ruang balcony bilik anak-anak. Sebelum ini kosong dan kotor.

Sekarang jadi tempat lepak dan tempat buat homework. Nanti plan nak letak pokok-pokok sikit bagi meriah lagi.

Ruang balkoni sebelum diubahsuai.

Makeover Ruang Balcony Bilik Anak
Makeover Ruang Balcony Bilik Anak

Inilah hasil setelah ruang balkoni selesai diubahsuai. Barulah nampak ceria dan lebih menarik. Boleh buat tempat lepak untuk anak-anak.

Makeover Ruang Balcony Bilik Anak
Makeover Ruang Balcony Bilik Anak

Pandangan dari dalam bilik anaknya.

Makeover Ruang Balcony Bilik Anak

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ubahsuai yang dilakukan ini dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down