Rumah kampung cukup banyak meninggalkan seribu satu kenangan bersama keluarga ketika zaman kecil dahulu. Terlalu banyak pengorbanan ibu-bapa kita di rumah ini sewaktu membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berjaya dan berkerjaya.
Jadi, setelah kita dewasa, untuk membalas semua jasa-jasa mereka. Apa kata kita cuba lakukan pengubahsuaian rumah kampung tersebut sebagai tanda menghargai penat lelah mereka dalam membesarkan kita.
Itu yang dilakukan oleh Shida Razak KC. Beliau telah melakukan makeover rumah bonda di kampung dengan konsep yang lebih mewah.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian dekorasi yang menarik ini.
Sebelum dan selepas. Makeover rumah bonda di kampung.
Keadaan rumah kampungnya sebelum diubahsuai.
Ketika ini ubahsuai telah mula dilakukan.
Bahagian hadapan rumah setelah tiang dan bata selesai dinaikkan.
Bahagian luar rumah setelah selesai diubahsuai.
Bahagian ruang tamu dan ruang makan sebelum dan selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.