Setiap wanita apabila ingin melahirkan anak, pasti akan bertarung nyawa demi kelahiran anak tersebut. Apabila lahirnya anak tersebut, si ibu mestilah melalui hari berpantang yang panjang. Jadi, si isteri ini mengambil keputusan untuk berpantang di kampung.
Pada waktu yang sama, si suami ini bertekad untuk membuat satu surprise kepada isterinya demi membalas jasa yang bertarung nyawa melahirkan anak mereka. Jadi, si suami ini mengambil keputusan untuk makeover rumah apabila si isteri berpantang di kampung.
Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda kisah Khairunnisa Hamzah yang sangat istimewa. Dia tidak menyangka bahawa selama 3 bulan duduk dikampung, suaminya bertungkus lumus makeover rumah mereka. Jom kita tengok perkongsian ini.
Suprise makeover! Sebab masa buat makeover ini isterinya di kampung selama 3 bulan kerana melahirkan dan berpantang anak pertama. Bermula dari kerja dapur sebab isterinya memang suka memasak, akhirnya satu rumah sekali bertukar rupa.
Bukaan tingkap yang besar dan tidak dibuka kerana aurat dengan jiran, baik kita tutupkan saja dan hanya buat lubang udara. Nah, tengoklah kejadian selepas makeover
SILAP SANGKA
Khairunissa juga terkejut bahawa dia hanya menyangka suami itu hanya siapkan sedikit sahaja namun satu rumah di makeover olehnya.
Ini bukan siapkan bilik pantang/bilik baby tapi siapkan satu rumah sekali! Bertuah betul si isteri. Encik suami yang nak buat suprise untuk isteri yang dicintai nanti boleh panggil kami datang makeover satu rumah sekali. Memang menangis isteri masa melangkah masuk rumah. Siap undur balik sambil dukung baby takut tersilap rumah.
RUANG DAPUR
BILIK
RUANG TAMU
Macam mana dengan dekorasi rumah ini? Cantikkan? Giler Deco berharap anda dapat idea dan juga inspirasi untuk makeover rumah waktu pkp ini. Selamat mencuba semua.
Sumber : Khairunnisa Hamzah