Makeover Rumah Kayu Lama Kepada Rumah Moden

22,101 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Makeover sesuatu rumah memerlukan masa dan tenaga yang sangat tinggi. Bukan sahaja masa dan tenaga, duit juga memainkan peranan dalam menjayakan sesuatu makeover rumah kayu. Namun, jika makeover tersebut selesai, hasilnya sangat-sangat puas hati dan menakjubkan.

Segala penat lelah akan berbaloi jika sesuatu makeover rumah tesebut berjaya. Macam yang dilakukan oleh Faris Ismail ini, beliau melakukan makeover rumah kayu lama di Kampung Bukit Marak, Kelantan ini. Menurut daripada beliau, hampir 4 bulan masa diperlukan untuk siap.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua beberapa keping gambar sebelum dan selepas makeover rumah kayu lama yang dihasilkan oleh Faris Ismail ini. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Makeover Rumah Kayu Lama Kepada Rumah Moden Terkini

Lama tak update kerja di fb, simpan untuk tengok masa akan datang. Kerja-kerja baik pulih rumah kayu lama di Kg Bukit Marak dengan budget

Kerja completed tahun lepas tak sempat nak upload. Mula2 tak berani nak ambil job rumah lama, terpaksa tanggung banyak risiko.

Nak cri pengalaman baru ku redah jua..alhamdulilah 4bulan bertapa di rumah kayu, akhirnya siap Oktober tahun lepas.

Gambar Sebelum & Selepas Makeover Rumah

Menukarkan Warna Rumah 

Keseluruhan rumah termasuk bahagian interior dan exterior ini telah pun dicat balik (repaint) dengan warna yang baru. Anggaran hampir 70% rumah ini telah dicat balik bagi memastikan ia kelihatan baru dan moden.

Makeover Rumah Kayu
Makeover Rumah Kayu
Makeover Rumah Kayu
Makeover Rumah Kayu

Bahagian Ruang Tamu

Makeover Rumah Kayu
Makeover Rumah Kayu

Bahagian Tandas

Untuk tandas pula sistem kumbahan ditukar 100% termasuk tanam semula septik tank baru (tukar atas sebab sistem air buang lama tidak berfungsi dengan baik)

Sistem paip 80% baru, termasuk tangki baru dan bekalan air tambahan dari telaga boring

Makeover Rumah Kayu
Makeover Rumah Kayu
Makeover Rumah Kayu
Makeover Rumah Kayu

Lain-Lain Bahagian

Banyak yang perlu dibaiki antaranya ialah menambaik 90% sistem pendawaian eletrik, tambahan point lampu, kipas dan aircond.

Papan lantai dan dinding yang lama terpaksa ditukarkan kerana sudah reput. Kami juga ada membuat penambahan ruang bilik untuk bilik yang seterusnya.

Makeover Rumah Kayu
Makeover Rumah Kayu

Sumber : Faris Ismail

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down