Rumah pusaka yang telah lama ditinggalkan, kalau tiada orang yang menguruskannya sudah pasti ia akan dipenuhi dengan sampah dan semak samun. Dari terus dibiarkan seperti itu, baik jual dan bagi pemilik baru yang menguruskannya supaya kembali cantik kan?
Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Mohd Safuan. Beliau memang cukup dikenali kerana cara yang dilakukan olehnya itu dengan membeli rumah lama yang lusuh dan busuk kemudian ditukarkan kepada konsep baru sebelum dijual semula.
Jadi, untuk melihat rupa rumah ini dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Manfaatkan harta yang ada selagi kita hidup. Tak mampu nak uruskan, jual. Bagi orang lain dapat manfaatnya. Kalau tak mampu nak mudahkan orang lain, jangan pula susahkan orang sekeliling kita.
Bahagian luar rumah ini sebelum diubahsuai.
Inilah rupa bahagian hadapan rumah selepas porch dibina.
Bahagian ruang tamu sebelum diubahsuai.
Bahagian ruang tamu ini selepas berjaya dicantikkan semula.
Akhir sekali bahagian bilik air selepas berjaya diubahsuai. Sangat kelihatan cantik.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Sedikit nasihat dari Mohd Safuan buat semua pembaca
Kalau ada rumah pusaka yang terbiar itu, baik jual sahaja. Sebabnya penting untuk adik beradik kita yang susah dan mahu wang tersebut untuk teruskan kehidupan.
Jangan disebabkan sayang untuk dijual, kita menidakkan hak adik beradik kita yang memerlukan duit. Untuk orang yang senang tak apa, tapi kita perlu fikirkan juga adik beradik kita yang susah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.