Perubahan Rupa Rumah Sewa Agar Nampak Lebih Cantik

14,007 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tidak semua orang mampu melakukan makeover menyeluruh sebuah rumah sewa tanpa mempunyai bajet yang tinggi. Dengan ada bajet mencukupi yang diperuntukkan untuk lakukan perubahan rupa rumah sewa ini, semuanya mampu dilakukan.

Macam yang dikongsikan oleh Tengku Nadia Tengku Ahmad ini, beliau menunjukkan rumah sewa beliau yang diberikan peluang untuk lakukan perubahan terhadap rupa rumah sewa beliau. Bermacam dilakukan antaranya adalah mengecat, mengubahsuai dan banyak lagi.

Ingin melihat bagaimana rupa sebelum dan selepas hasil makeover rumah sewa yang dilakukan ini? Jom kita tengok sampai habis artikel Giler Deco ini yang menunjukkan rupa rumah sewa dikongsikan oleh Tengku Nadia Tengku Ahmad ini.

Rupa Rumah Sewa Lama Diberikan Perubahan Agar Nampak Cantik Dan Sedap Mata Memandang

Home Sweet Home. Walau pun rumah sewa dan tak besar mcm rumah orang lain, tapi yang utama keselesaan kekemasan kesiapan kesedapan mata hok nak duduk tu yang utama.

Cikya mmg pantang kalau rumah bersepah, rase serabut bulu mata. Cikya simpan kat sini laa ye. Untung laa penyewa baru akan dtg nanti sebab cikya dapat rumah ni hancur lebur, nanti korang masuk cuci kaki je.

Alhamdulillah barang2 perabot dan barang koteh2 ni cikya beli dgn hasil bisness cikya bersama supliment KUR'DING by TNA tau.. So tak nyusahkan duit poket suami hihihi. Yang nak join buat income tambah pendapatan boleh roger cikya okeh

Sebelum Dan Selepas Rupa Rumah Sewa Diberikan Makeover Cantik

Luaran rumah sewa kami ini. Syukur masa ni rumput tidak panjang. Cuma nak kena lakukan perubahan adalah dinding sahaja.

Rupa Rumah Sewa

Masa ni proses mengecat pagar dilakukan sebab yang lama dah berkulat.

Rupa Rumah Sewa

Tada!!!!! Ini dia rupa luaran rumah sewa setelah siap dicat dengan tema warna Lime Green.

Rupa Rumah Sewa

Anak-anak suka main area ni jadi pasang rumput karpet dan letakkan gelongsor untuk mereka main.

Beralih pula kepada bahagian dalaman rumah pula. Ini adalah bahagian ruang tamu.

Rupa Rumah Sewa

Rupa ruang tamu selepas makeover rumah sewa ini dilakukan. Idea daripada suami macam ni.

Rupa Rumah Sewa

Dapur juga dalam keadaan yang teruk pada awalnya. Rasa nak pengsan jer tengok bahagian dapur sebegini.

Rupa Rumah Sewa

Disebabkan tak sedap mata memandang jadi ubah juga bahagian dapur ni kaw-kaw agar kelihatan cun melecun.

Rupa Rumah Sewa

Dan beberapa tempat lagi seperti bahagian bilik tidur, tempat laundry dan juga ruang baju anak-anak juga saya turut kongsikan.

Rupa Rumah Sewa

Kredit : Tengku Nadia Tengku Ahmad

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down