Kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan semasa tinggal di rumah sewa adalah apabila memiliki pemilik rumah yang sangat baik dan mudah dibawa bincang. Boleh dikatakan sangat jarang pemilik membenarkan kita untuk mendeco kerana risau akan merosakkan dinding rumah berkenaan.
Pemilik rumah sewa yang di diami oleh Zafryn Fyna dan pasangannya ini berbeza dan sangat baik. Beliau memang tidak kisah jika penyewa ingin menghasilkan deco asalkan jaga rumah tersebut dengan baik sudah cukup memadai.
Ingin lihat bagaimana beliau hasilkan deco pada rumah sewa ini? Jom kita teruskan bacaan di bawah ini.
Alhamdulilah.
Diam tak diam 14 tahun sudah menyewa rumah ini. Syukur sangat-sangat dapat tuan rumah yang baik. Dari saya duduk seorang diri sampai sudah berumah tangga.
Saya suka deco rumah kediaman yang simple-simple sahaja. Tak suka serabut sangat. Janji kemas dan bersih sudah memadai.
Saya start menyewa dari tahun 2007 hinggalah sekarang. Saya merupakan mama anak tiga dan suri rumah sepenuh masa.
Bahagian ruang tamu sebelum diubahsuai.
Proses ubahsuai mula dilakukan.
Inilah rupa bahagian ruang tamu setelah ubahsuai selesai dilakukan.
Ruang pada bahagian bawah tangga dijadikan tempat makan.
Bilik tidur selepas diubahsuai.
Bahagian ruang dapur semasa proses ubahsuai dilakukan.
Pada bahagian dinding dipasang wallpaper brick.
Bahagian kabinet ruang dapur ini dipasang skirting.
Menarik kan deco rumah sewa yang dihasilkan? Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi buat semua pembaca dalam menghasilkan dekorasi rumah. Selamat mendeco.