Setiap orang sudah pasti mengimpikan untuk memiliki rumah kediaman yang kelihatan cantik dan menarik.
Walaupun rumah yang dibeli adalah rumah subsale sahaja. Namun, itu semua langsung tidak menghalang pasangan ini untuk memastikan rumah tersebut diberi nafas baru dengan dekorasi baru.
Perkara tersebut dilakukan oleh Nurazimah Salleh. Beliau dan suami telah melakukan makeover rumah subsale lama miliknya itu demi keselesaan mereka sekeluarga.
Jadi, jom kita ikuti dengan lebih lanjut ubahsuai yang dilakukan di bawah ini.
Beli rumah subsale sahaja. Selepas itu deco balik sikit-sikit. Konsep dia main hentam sahaja
Bahagian ruang tamu rumah sebelum diubahsuai. Keluasan ruang tamu ini cukup besar dan jenis memanjang, ia cukup selesa serta boleh tambah aksesori perabot sebagai penyeri.
Bahagian ruang tamu setelah diubahsuai. Apa yang menarik adalah beliau cukup pandai bermain dengan konsep reka bentuk pada bahagian dinding pintu stor tersebut.
Cukup kreatif. Sekali pandang memang tidak akan perasan pintu stor pada bahagian kiri tv gantung itu. Kena tenung betul-betul baru perasan.
Konsep dekorasi pada ruang tamu ini. Bahagian lining hitam dan warna kelabu itu hanya menggunakan cat sahaja.
Untuk bahagian dapur table top kitchen island pula, beliau hanya beli dekat Shopee, Acacia wood. Selepas itu, guna kertas pasir, kemudian cat balik pakai wood stain.
Kitchen island ini suaminya buat sendiri disebabkan oleh perminataan dari isteri yang sangat mahukan kitchen island. Pada bahagian siling itu juga sebenarya cat sahaja.
Jotun iron grey dan Jotun space grey
Rangka untuk kitchen island ini pakai kayu masak. Body balut dengan black matte waterproof wallpaper supaya sama warna dengan kabinet dapur.
Sangat menarik kan ubahsuai yang dilakukan? Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana.