Ubahsuai Kediaman Semi-D Guna Konsep Hotel Mewah

15,199 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang tidak mahu memiliki rumah yang mempunyai dekorasi mewah ala hotel mewah, boleh dikatakan semua orang mahu memiliki rumah seperti itu. Hal ini kerana, dengan mempunyai rumah yang cantik dan ceria, ia akan membuatkan kita lebih selesa.

Itu yang dihasilkan oleh pereka dekorasi dalam rumah ini yang bernama Cik Piyya. Disebabkan keselesaan yang menjadi keutamaan, beliau terlebih dahulu merancang dengan teliti bagaimana susun atur yang mahu dipakai sebelum melakukan ubahsuai kediaman semi-D ini mengikut konsep yang diinginkan.

Ini adalah bagi mengelakkan dekorasi yang mahu dilakukan nanti tidak dibuat sambil lewa dan disamping dapat menjimatkan kos apabila mengubahsuai rumah.

Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom ikuti perkongsian ubahsuai kediaman semi-D yang sangat menarik ini.

Ubahsuai Kediaman Semi-D Kepada Konsep Ala Hotel Mewah Bajet

Ini adalah keadaan sebelum rumahnya diubahsuai.

Ubahsuai Kediaman Semi-D
Ubahsuai Kediaman Semi-D
Ubahsuai Kediaman Semi-D

Ini pula adalah keadaan ruang makan rumahnya apabila selesai diubahsuai. Apa yang menarik dekorasi yang dilakukan pada ruang makan adalah dekorasi pada dinding ruang makan tersebut. Dekorasi dinding yang bercorak seperti batik itu membuatkan ruang makan ini lebih ceria disamping dengan gambar lukisan kehijauan daun yang mampu membuatkan ruang itu bertambah ceria.

Ubahsuai Kediaman Semi-D
Ubahsuai Kediaman Semi-D

Ini adalah keadaan ruang tamu rumah ini setelah selesai diubahsuai. Susunan barangan dan perabot jelas menampakkan pemilik rumah ini mahu mementingkan kekemasan supaya rumah sentiasa kelihatan cantik dan kemas.

Ubahsuai Kediaman Semi-D
Ubahsuai Kediaman Semi-D

Dengan bajet yang dikeluarkan sekitar 30k, beliau telah mengambil masa selama 5 bulan untuk memastikan rumah tersebut siap sepenuhnya diubahsuai. Hasilnya beliau berjaya mengubahsuai rumah yang pada dahulu hanyalah kediaman semi-D kepada konsep persis hotel mewah.

Ubahsuai Kediaman Semi-D
Ubahsuai Kediaman Semi-D

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mendekorasikan rumah supaya kelihatan mewah, elegan dan cantik.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down