Makeover Rumah Teres Yang Lama Bertemakan Minimalis

15,852 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jikalau mahu dibandingkan dengan rumah banglo yang besar dengan rumah teres yang kecil sangat tidak sesuai dan kurang ideal. Tetapi untuk melakukan makeover rumah teres agar dia kelihatan  luas dan lapang, agak realistik dengan menggunakan cara dan teknik yang betul.

Seperti yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini, siapa sangka rumah teres kecil yang diberi majikan bertukar ceria dan tampak sangat luas dengan dekorasi minimalis yang direka oleh penyewa yang sangat kreatif. Walaupun hakikatnya ia hanyalah rumah sewa, tetapi menurut Effa Nazri, ia tidak menjadi masalah untuk makeover rumah teres untuk menjadikan kediaman tersebut lebih selesa.

Cara yang digunakan oleh pasangan ini sangat menakjubkan sehingga bilik air yang berdaki pun dapat disental dengan bersih hanya menggunakan peralatan yang murah dan berkualiti. Ikuti perkongsian menarik makeover rumah teres ini dari Effa Nazri ini.

Makeover Rumah Teres Yang Buruk Kepada Baru

Assalamualaikum semua…Nak share rumah kecil kami rumah jenis teres. Deko yang tak seberapa, dinding dan ruang rumah pun banyak kosong, tak de sofa sebab nak rumah nampak luas, hias slow-slow ikut bajet yang ada.

Rumah ni bos suami bagi untuk pekerja duduk, walaupun bukan rumah sendiri… kitaorang tetap deko dan hias, baru la selesa nak duduk. Sebelum ni pekerja bujang duduk dan selalu bertukar ganti, so banyak sangat barang dalam rumah ni. Kalau suami berenti kerje nanti harap-harap la orang baru jaga elok-elok rumah ni, hehe

KEADAAN SELEPAS DAN SELEPAS MAKEOVER

1) RUANG TAMU

Rupa keadaan ruang tamu sebelum dan selepas makeover ini dilakukan. Nampak kosong itu biasa kerana ingin mengikuti tema minimalis yang diinginkan.

makeover rumah teres
makeover rumah teres
makeover rumah teres
makeover rumah teres

2) DAPUR

Beralih pula kepada bahagian dapur pula. Daripada rupa rumah yang lama terus menjadi dapur yang kelihatan ceria dan cantik. Deko pada bahagian dapur ini diambil inspirasi daripada mana-mana grup deko dalam facebook.

makeover rumah teres
makeover rumah teres

3) TANDAS

Kalau nak tunjuk bahagian tandas ni rasa malu tapi nak tunjuk juga. Hehehehe. Okay, tandas ni keadaan dah macam masa awal-awal masuk dahulu.

Untuk tandas ni lakukan proses menyental membuang kotoran degil-degil ini. Guna jer stain remover macam dalam gambar dibawah ini. Komfirm nampak putih bersih berkilat macam baharu.

makeover rumah teres
makeover rumah teres

     Untuk kegunaan dinding dan tandas lantai

Keadaan memang tak terurus masa kami masuk, kalau suami berenti kerje nanti harap-harap la orang baru jaga elok-elok rumah ni. Barang dalam rumah ada barang dari Eco, Ikea, Mr Diy, Shopee

Sumber : Effa Nazri

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down