Rumah teres ini sesiapa sahaja boleh mendudukinya. Namun, tidak semua rumah teres ni ada yang cantik. Jadi, jika inginkan sebuah rumah teres yang menarik dan cantik boleh lakukan makeover rumah tersebut.
Siapa sangkakan rumah teres yang dahulunya nampak suram dan biasa ini boleh mengalami perubahan begitu mendadak dengan hanya lakukan makeover sahaja daripada Wani Ziwani ini.
Melalui perkongsian yang dikongsikan oleh Wani Ziwani ini, rumah tersebut telah dilakukan makeover menyeluruh dengan bertemakan warna "Soft Skin". Jadi, jom kita lihat hasil sebelum dan selepas makeover ini dilakukan.
Makeover rumah teres ini memang lawa cat ni,bolehla sapa tak ade idea nak cat tu ambik warna ni.
Kod cat untuk bahagian ruang tamu adalah jotun soft skin. Dinding biru pula saya menggunakan cat jotun sea emerald. Untuk warna grey dining pula saya gunakan nippon enchanted state.
Rupa Asal Rumah Teres Biasa Ini Sebelum Makeover Dilakukan
Ini adalah rupa keadaan rumah teres yang asal sebelum kejadian dan proses makeover rumah teres dijalankan.
Hasil Akhir Selepas Makeover Rumah Teres Setingkat Ini Dilakukan
Inilah dia hasil makeover yang dilakukan oleh Wani Ziwani ini terhadap rumah teres setingkat ini. Untuk pengetahuan anda semua, warna yang digunakan untuk ruang tamu ini adalah jotun soft skin.
Ini rak IKEA nama BISSA. Kami tambahkan tombol hitam saja bagi lawa.
Diharap dengan perkongsian kami ini dapat memberikan sedikit inspirasi kepada anda yang sedang mencari inspirasi atau ilham untuk melakukan makeover terhadap rumah sendiri.
Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Sumber : Wani Ziwani