Ubahsuai Rumah Lama Berkonsepkan Modern Classic

34,169 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika ingin membeli rumah lama, sudah pasti kita akan berfikir dua kali dek kerana keadaannya yang lusuh dan juga bahagian sekeliling yang boleh dikatakan menyeramkan akibat telah lama ditinggalkan.

Namun, itu semua tidak terjadi kepada pasangan ini. Mereka langsung tidak terfikir pun mengenai perkara tersebut. Apa yang mereka fikirkan adalah mahu menjadikan rumah lama yang dibelinya itu cantik dan kelihatan mewah semula.

Itulah perasaan hati yang dikongsi oleh pemilik rumah ini yang bernama DhiYa NiSa. Beliau dan suami adalah individu yang bertanggungjawab dalam mengubahsuai rumah lama tersebut dan menjadikannya kembali cantik.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan dibawah ini.

Ubahsuai Rumah Lama Berkonsepkan Modern Classic

Rumah pertama kami.

Banyak kenangan indah tercipta disini. Terjumpa gambar dalam telefon lama. Gambar rumah asal yang kami beli 9 tahun yang lalu.

Sebenarnya dulu, hari-hari lalu depan rumah ni. Sejak saya dapat transfer kerja dari Kluang ke sini. Lalu pagi petang untuk hantar dan ambik anak (Dhiya) ke rumah pengasuh. Borak borak dengan suami masa tu.

Saya cakap " abang bestnya kalau dapat beli tanah ni. Sebab tanah ni rata dari depan sampai belakang. Pokok buah pun banyak keliling rumah, ada rambutan, manggis, durian, mata kucing semuanya nampak jelas dari jalan.

5 bulan lepas tu suami ajak pergi tengok rumah. katanya Abang Jo staff office sekolah cakap ada rumah nak  jual. Balik sekolah terus la ikut abang Jo. Sampai depan rumah yang nak dijual tu.

Kelu lidah. Rupanya rumah yang saya pernah cakap dengan suami tu. Tak terlintas pun dalam kepala. Rupanya rumah ni. Petang tu jugak terus deposit 5k pada tuan rumah.

Kata-kata satu doa. Betul la cakap orang. Alhamdulillah disini anak-anak kami membesar. Al-Fatihah buat pemilik asal rumah kami, Yang kembali ke rahmatullah pada malam 29/01/2021. Selang seminggu dengan pemergiaan suaminya.

Semoga keduanya di tempatkan di kalangan orang dirahmati Allah SWT.

Aamiin allahumma aamiin.

Keadaan rumah sebelum dibeli. Memang agak lusuh.

Ubahsuai Rumah Lama
Ubahsuai Rumah Lama

Keadaan rumah selepas selesai diubahsuai dengan konsep menarik dengan lebih cantik.

Ubahsuai Rumah Lama

Bahagian ruang tamu selepas diubahsuai.

Ubahsuai Rumah Lama
Ubahsuai Rumah Lama
Ubahsuai Rumah Lama
Ubahsuai Rumah Lama
Ubahsuai Rumah Lama
Ubahsuai Rumah Lama

Ruang makan selepas diubahsuai.

Ubahsuai Rumah Lama
Ubahsuai Rumah Lama
Ubahsuai Rumah Lama
Ubahsuai Rumah Lama

 Dekorasi 99 nama allah pada dinding ruang tamu.

Ubahsuai Rumah Lama

 Ini pula adalah pargola.

Ubahsuai Rumah Lama

Keadaan luar rumah sewaktu anak tengah bermain.

Ubahsuai Rumah Lama

Ini pula adalah ketika rumah digunakan untuk shooting drama bersiri yang bertajuk "Tersuka Tanpa Sengaja".

Ubahsuai Rumah Lama
Tersuka Tanpa Sengaja
Tersuka Tanpa Sengaja
Tersuka Tanpa Sengaja
Tersuka Tanpa Sengaja
Tersuka Tanpa Sengaja

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea dan inspirasi kepada semua pembaca dalam cuba untuk mendeco rumah lama. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down