Siapa tidak merasa gembira apabila dapat mengubahsuai rumah sendiri dengan dekorasi mengikut pilihan hati. Walaupun hanya tinggal di rumah kecil, ia bukanlah menjadi satu penghalang untuk cuba melakukan dekorasi pada rumah kediaman tersebut.
Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang lelaki yang bernama Yazid A. Razak. Beliau telah berjaya melakukan makeover simple rumah kecil berkeluasan 810 Sqft.
Jadi, jom ikuti perkongsian menarik ini.
Alhamdulillah.
Akhirnya selesai juga deco dan ubahsuai rumah kecil sahaja. Barang tak boleh banyak takut sendat rumah. Lama mengidam nak rumah sendiri dan akhirnya tercapai juga impian.
Tak pandai sangat deco jadi buat simple sahaja. Cukup la untuk kami berdua dulu. Rumah kecil ini berkeluasan 810sqft. Bar stool je belum sampai lagi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Keadaan ruang rumah yang baru dibeli sebelum diubahsuai.
Proses ubahsuai sudah mula dilakukan.
Proses ubahsuai ruang tamu sedang giat dilakukan.
Ruang tamu selepas di deco.
Keadaan ruang tamu dan ruang makan setelah selesai di deco.
Ruang makan setelah selesai di deco.
Ini adalah keadaan ruang dapur sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang dapur semasa proses mula dilakukan dengan menampal wallpaper pada bahagian dinding.
Ruang sinki semasa proses ubahsuai dilakukan.
Keadaan ruang dapur dari pandangan luar.
Keadaan ruang dapur setelah hampir siap dilakukan ubahsuai.
Keadaan ruang dapur setelah proses selesai dilakukan dengan gaya baru yang cukup cantik.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca diluar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deco rumah.
Semoga bermanfaat dan selamat mendeco.