Makeover Tandas Guna Kaedah "Epoxy Layered Paint"

44,312 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sejak Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan perlaksanaan PKP 2.0 ini, ramai orang makeover sendiri rumah seperti ruang tamu, bilik dan juga tandas mungkin kerana lebih menjimatkan kos dan masa. Namun semua ini memerlukan kreativiti dan bakat masing-masing dalam projek tersebut.

Bila lagi kita nak makeover tempat seperti tandas,mesti susah nak cari idea bukan? Sebagai sumber inspirasi, apa kata kita lihat pasangan ini makeover tandas rumahnya dengan hanya bermodalkan RM500 sahaja termasuk dengan kos-kos barang yang dibelinya.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda bagaimana pasangan ini makeover tandas ini dan hasil daripada makeover tersebut. Lepasni mesti tak fikir banyak kali nak masuk tandas sebab dah tak suram macam dulu. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian mereka.

Bermodalkan RM500 Sahaja, Pasangan Ini Makeover Tandas Sehingga Mendapat Hasil Yang Menggagumkan!!!

Barang Yang Diperlukan 
- Cat Kapur 0ren - LINK DISINI
- Epoxy hitam 5L - LINK DISINI
- Epoxy putih 5L - LINK DISINI
- Coating - LINK DISINI

Cat cukup untuk digunakan pada 3 tandas, termasuklah 2 tandas lain yang kami cat putih dan hitam keseluruhannya. Total untuk keseluruhan ini adalah dibawah RM500.

Langkah-Langkah

Langkah 1 : Sanding (kertas pasir gred 320)

Makeover Tandas

Langkah 2 : Primer coating 2 layer (Nippon paint protective coating)

Langkah 3 : Epoxy floor paint (2 layers KTH, white)

Langkah 4 : Buat apa-apa corak kegemaran anda (diecut hard plastic cover, KTH epoxy floor paint, black)

Makeover Tandas

Langkah 5 :  Epoxy Clear Finish (2layers Nippon)

Makeover Tandas

Tips tambahan:

  • Guna 4" sponge roller refill utk buat cop cop je, tidak perlu gunakan batang roller.
  • Cermin, shower dan towel holder tu spraykan dengan menggunakan black matte.

Haaaaa. Macam mana dengan perkongsian Giler Deco kali ini. Menarikkan? Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda sedikit cara dan juga inspirasi apabila ingin makeover tandas dirumah. Semoga bermanfaat semua.

Kredit : Laila Salleh

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down