Ubahsuai Tandas Kampung Kepada Tandas "Modern Elegant"

16,034 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tandas merupakan tempat yang paling penting dirumah kita semua. Kebersihan tandas yang maksimum melambangkan dan mencerminkan diri kita. Dekorasi dan juga rupa tandas juga sangat penting. Jika tandas tersebut diubahsuai menjadi tandas elegan pasti nampak cantik.

Macam yang dilakukan oleh pemuda krearif ini iaitu Ahmad Faiz ini. Dimana beliau telah melakukan ubahsuai tandas kampung yang lama kepada tandas "Modern Elegant". Ubahsuai tersebut merupakan ilham menjadikan tandas tersebut menjadi tandas seperti hotel.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana ubahsuai tandas kampung yang dilakukan oleh Ahmad Faiz ini. Hasil juga akan ditunjukkan diakhir artikel ini. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Ubahsuai Tandas Kampung Yang Cantik & Nampak Mewah

Alhamdulillah. Di pagi yang indah lagi menyejukkan..Permulaan kemajuan kerja dari awal sampai siap.Siap ubahsuai tandas kampung.

Dilhamkan menjadi tandas seperti hotel.Walaupuan pada awalnya tandas ni nampak sempit tetapi dengan sentuhan warna putih kilat ruang tandas ni nampak lebih luas & sejuk mata memandang.

Gambar Tandas Sebelum Pengubahsuaian

Inilah dia rupa tandas sebelum ubahsuai dilakukan. Nampak sangat kotor dan kelihatan sempit jer. Lantai juga nampak gelap dan keliling tandas ini sangat tidak terurus.

Ubahsuai Tandas Kampung
Ubahsuai Tandas Kampung

Projek Ubahsuai Tandas Dilakukan

Proses dilakukan dengan pecahkan dinding tandas yang asal terlebih dahulu untuk membuat dinding yang baharu. Dinding asal merupakan sejenis kayu sahaja yang menutup bahagian tandas.

Selesai pecahkan dinding asal.

Kerja-kerja membuat dinding baru bersimen dilakukan.

Ubahsuai Tandas Kampung

Selepas selesai sahaja dinding baru dibuat, terus tampalkan tiles pada bahagian tersebut.

Proses ini dilakukan disekeliling ruang tandas tersebut.

Siap sudah pemasangan tiles ini. Dah ada nampak sedikit perubahan yang ketara itu. Namun, ada lagi yang perlu dilakukan untuk mencantikkkan lagi tandas ini.

Yang seterusnya ialah pemasangan cermin di tempat kawasan bilik air untuk tujuan melindung diri ketika pergi melabur.

Hasil Akhir Ubahsuai

Yang paling last sekali adalah sentuhan akhir rupa tandas ini. Sangat cantik dan nampak mewah sekali. Jika dibandingkan dengan tandas yang asal, memang jauh beza.

Ubahsuai Tandas Kampung

Penggunaan warna putih berkilat juga membuatkan ruang tandas ini nampak lebih luas dan lebih berkilat-kilat seperti baru.

Ubahsuai Tandas Kampung
Ubahsuai Tandas Kampung
Ubahsuai Tandas Kampung

Sumber : Ahmad Faiz

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down