Masalah Yang Terjadi Sekiranya On Kipas Dan Aircond Serentak

2,128 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kipas dan aircond merupakan peralatan yang penting untuk diletakkan didalam rumah kita ini. Kalau tiada dua perkara ini sudah semestinya rumah akan berasa panas dan tidak sejuk. Tujuan aircond dan kipas ada ini adalah untuk mengurangkan hawa panas didalam rumah.

Namun, ada sesetengah daripada kita ini suka buka kipas dan aircond serentak sekaligus untuk kesejukkan yang maksimum. Tetapi cara tersebut hanyalah membuatkan ianya semakin teruk dan bukannya semakin sejuk sesuatu ruang tersebut.

Ikuti pengajaran daripada Muhammad Noramin Mat ini yang menunjukkan apakah efek yang akan akan berlaku sekiranya kita semua on kipas dan aircond secara serentak.

Masalah Yang Bakal Timbul Sekiranya Anda On Kipas Dan Aircond Serentak

On Air Cond + On Kipas biasa (Kipas Siling)Assalamualaikum. Semalam aku ada bagitau pasal ON KIPAS DAN AIRCOND. Kalau korang nak tahu, bila korang on je dua dua benda ni dalam masa yang sama, nanti suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul, lepastu nanti filter air cond korang pun cepat tersumbat.

Jadi benda macamni, korang kene kerap cuci filter air cond korang. Kalau tak cuci macam mana laa nak rasa SENSASI dingin air cond tu kan? Korang banyak rasa angin dari korang rasa dingin. Kalau macam tu rugi je pasang air cond kat rumah kalau rasa dingin tu tak BEST! kan?

Nah ni haah aku lukis gambar kat bawah bagi korang tengok (buka gambar, dalam tu ada citer sikit) macam mana kitaran angin tu. Aku nak buat video grafik aku tak reti geng. Aku lukis je la senang. (walaupun lukisan aku tak semolek lukisan Leonardo da Vinci. Korang paham dah kira ok la aku rasa)

Persekitaraan Aircond Biasa VS Persekitaraan Apabila Buka Kipas Siling

Gambar A

Situasi normal bila ON AIR COND & off kipas biasa.
Kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik

Gambar B

Situasi ni kedua-dua on yang menyebabkan air cond pening dengan suhu ruang bilik. Kitaran hawa panas dan dingin bercampur. ( Boleh jadi penyebab bil elektrik korang tinggi )

Kipas Dan Aircond

Kredit : Muhammad Noramin Mat

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down