Dari Meja Sisi Rosak Diubahsuai Menjadi DIY Meja Rempah

5,682 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau terdapat sebuah meja sisi yang rosak kat rumah kalau boleh janganlah buang. Sebab meja tersebut masih lagi boleh dijadikan sebuah barang yang berguna jika dilakukan baikpulih yang betul. Macam yang dilakukan oleh Norpadilah Binti Afandi terhadap meja sisi yang rosak dirumah dijadikan sebagai meja rempah secara DIY sahaja.

Menurut daripada beliau hasil DIY meja rempah tersebut bukan daripada idea sendiri namun idea daripada kawan-kawan. Ada yang bagi idea untuk tukarkan meja sisi rosak tersebut menjadi sebuah kerusi. Namun, untuk menjadikan sebuah meja rempah juga menjadi idea yang bernas.

Jom kita tengok bagaimana dan bahan yang diperlukan oleh Norpadilah melakukan DIY meja rempah ini.

Dari Sebuah Meja Sisi Yang Rosak Diubahsuai Menjadi DIY Meja Rempah Yang Cantik

Baru2 ni encik suami baik hati, bawak balik ole2 untuk kita. Budak side table ni cantik lagi, cuma kakinya patah. Biasa la orang kita ni suka ambik penyelesaian mudah iaitu campak sesaja kan.

Sebelum ni kita ada juga survey2 idea dari kawan-kawan nak buat apa dengan budak ni. Ramai bagi idea untuk repair balik, tukar cat dan buat kerusi. Bagus, sesekali dapat bertukar pandangan dan idea kan? Dapat jugak exercise sikit otak yang dah naik tepu dek terkurung ni.

Macam biasa, bila kita nak buat satu-satu diy tu. Kita akan pertimbangkan utk lihat apa keperluan kita waktu tu. Buat masa ni meja atau kerusi bukan pilihan yg tepat utk kita, sebab dah banyak dalam rumah sampai tak tau nak letak mana dah. Jadinya kita buat sesuatu yang dah lama kita bayangkan. Cuma entah kenapa tak jugak buat2 perangai bertangguh tu kan. Ada jeeeee.

Proses Pembuatan Meja Rempah Dari Meja Sisi Yang Rosak

Inilah dia rupa meja sisi yang rosak tu.

DIY Meja Rempah

Untuk permulaan lakukan meja rempah ini pastikan buat dahulu tapak dibawah macam gambar ni.

DIY Meja Rempah

Selepas itu, catkan keseluruhan meja rempah tersebut dengan warna putih menggunakan cat dulux.

DIY Meja Rempah

Akhir sekali, tambahkan roda pula pada meja tersebut. Senang nak bawa kemana-mana didalam rumah.

Akhirnya siap juga DIY meja rempah saya ini. Hasil daripada tangan sendiri dan juga idea daripada orang lain maka terhasilnya meja rempah ini. Daripada membuang barang yang rosak baiklah guna balik buat sebegini.

DIY Meja Rempah

Sumber : Norpadilah Binti Afandi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down