Harga barang sekarang makin naik, begitu juga dengan harga sebuah rumah baru yang boleh mencecah puluhan atau ratusan ribu. Disebabkan itu, ramai yang sanggup membeli rumah lelong. Walau bagaimanapun, pembeli haruslah bijak dalam memilih dan membeli rumah lelong yang bersesuaian dengan keadaan rumah dan harga yang ditawarkan.
Selepas berjaya membeli sebuah rumah, mesti kita akan pergi tengok keadaan rumah tersebut. Betul tak? Hal yang sama dilakukan oleh sis suriashahid. Pertama kali datang ke rumah itu, rasa menyesal beli kerana keadaan rumah yang tunggang-langgang dan dipenuhi dengan tahi burung.
Tapi disebabkan dah beli, tetap kuatkan semangat untuk melakukan renovasi terhadap rumah itu. Jom kita sama-sama tengok bagaimana cara sis suriashahid transform rumah beliau kepada rumah yang lebih cantik dan selesa.
Keadaan dalam rumah sebelum dilakukan transformasi. Masa pergi site visit nampak dari luar cantik je. Sekali masuk dalam mengecewakan betul. Rasa nak jatuh jantung bila tengok keadaan rumah macam ni.
Kuatkan semangat dan bangkit semula untuk lakukan renovasi. Selepas bersihkan kawasan dalam rumah, start pasang pintu bilik dulu.
Kemudian letak tikar getah dan masukkan beberapa perabot. Walaupun simple tapi rasa sangat puas hati sebab dah berjaya transfrom rumah yang kotor kepada rumah yang lebih cantik, bersih dan selesa buat keluarga tercinta.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai transformasi rumah lelong. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi terbaik kepada anda semua untuk deko rumah nanti!
Sumber : @suriashahid (tik tok)