Pantang Larang Semasa Pembinaan Rumah Berjiran

489 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kali ini Giler Deco mahu kongsikan satu kisah yang menarik mengenai perbulanan seorang lelaki melayu dengan seorang tukang berbangsa Cina mengenai pantang larang pembinaan rumah apabila hidup berjiran.

Jadi, jom kita ikuti perkongsian ini dengan lebih lanjut di bawah.

Beberapa Tips Dan Pantang Larang Semasa Pembinaan Rumah Berjiran

Bulan lepas ada berbual dengan seorang uncle Cina ni, masa dia datang ke rumah untuk buat tinted tingkap di rumah. Beliau berkata:

"Kita orang Cina wo, ada pantang larang buat rumah. Kita tak boleh rumah jiran kiri kanan lebih tinggi dari rumah kita."

Oh yeke, kenapa pula uncle?

Kebetulan kawasan perumahan ini berbukit, jadi ada rumah jiran lebih tinggi sedikit dari jiran sebelahnya.

Yang ini ok lagi, yang kita tak mau, rumah-rumah keliling kita tambah lebih tinggi dari rumah kita. Haa, tak mau woo", ujarnya."Kenapa ye uncle?

Beliau sekali bertanya. Teruja nak tahu jawapan dari rakan non-muslim sendiri.

Nanti kita rasa rendah, rasa kecil, rasa macam kena tekan sama orang lain. Tak syok woo.

Beliau kemudian mengangguk, dalam kepalanya terfikir, patutlah orang Cina suka duduk tempat tinggi-tinggi.

Iyalah. Orang kiri kanan lebih tinggi dari kita maa. Masa balik kerja, sebelum masuk rumah, nampak ini, hati dah rasa tak syok. Lama-lama rasa tertekan, hidup tak senang maa", ujarnya.

Bila uncle ini sebut begini, beliau terfikir seperti ada kaitan dengan adab berjiran dalam Islam. Sama dari sudut larangan menambah bangunan sewenang-wenangnya sehingga membuatkan jiran sebelah tidak selesa.

Bezanya mereka kerana darjat, kita pula kerana menjaga hak-hak jiran seperti hak cahaya dan angin.

Macam sama la uncle, dalam Islam pun ada cerita bab ni. Kalau nak renovate ke, atau nak tambah rumah bertingkat-tingkat ke, kena tengok-tengok jiran sebelah. Tak boleh suka-suka walaupun tanah kita sendiri, takut jiran susah hati", Kata beliau

"Iyaa" respon uncle ini dengan ringkas.

Beliau tak pasti ada kaitan atau tidak dengan point uncle ini, beliau teruskan je berceloteh.

Setiap rumah ada hak untuk dapat cahaya matahari, angin. Kadang-kadang dengan tambahnya bangunan menyebabkan rumah jiran langsung bergelap, tiada lagi cahaya matahari.", tambah beliau.

Kali ini giliran uncle ini pula dengar beliau bersembang.

Walaupun dalam kawasan pagar rumah dan tanah sendiri, ada benda kita kena minta izin atau sekurangnya maklumkan pada jiran sebelah rumah kita. Inilah adab berjiran yang baik", tambah beliau.

Masa beliau sebut mengenai hal ini, sebenarnya beliau terlupa dari mana sumbernya. Dulu masa pergi kuliah selalu dengar dalam bab adab berjiran.

Kadang-kadang sudahlah tidak beritahu, bahkan binaan tambahan tadi menyusahkan jiran pula. Dengan percikan air hujannya, bunyi bisingnya, pemandangan kotornya", tambah beliau.

"Ya betul-betul, tak boleh maa", respon uncle ini sambil berhenti sekejap dari kerjanya. Nampak dia fokus.

Uncle ini berkongsi adat dan pantang larang agama dia dalam isu rumah. Mereka bertukar-tukar pandangan agama masing-masing dalam isu ini. Dari sini beliau mula cerita beberapa hadith nabi berkaitan hak dan adab berjiran menurut Islam.

Cuma uncle, dalam Islam, tiada konsep sial, percaya kepada perkara pelik-pelik, karut-karut kononnya kalau begini begitu boleh bawa sial, bala dan lain-lain. Tak ada.

Punca beliau kata demikian, kerana menurut uncle, ada setengah rumah yang orang cina tidak akan duduk walaupun diberi percuma.

Contohnya rumah yang duduk di tengah-tengah menghadap simpang jalan T. Ini bawa sial maa, orang Cina tak mau duduk, kasi free pun tak mau, tapi orang India ok. Mereka letak kepala gajah di pintu pagar, nak elak bala.

Beliau mengangguk dan hormati pandangan tersebut, adat dan kepercayaan agamanya. Macam-macam lagi mereka berborak sehingga uncle ini selesai kerjanya. Dia juga berkongsi beberapa tips tentang rumah. Bertambah jugalah sikit ilmu dan input tentang ilmu perumahan ini. Ok lah kan?

Itulah sedikit coretan santai hujung minggu. Terima kasih kalau baca sampai habis. Ilmu ini boleh dikatakan sangat bermanfaat dan relevan dengan keadaan semasa buat mereka yang tinggal di rumah teres. Sebenarnya, kalau nak bina tembok untuk gantikan pagar jaring bersempadan dengan jiran sebelah, memang perlu dapatkan persetujuan jiran terlebih dahulu tau.

Kalau jiran setuju, sebaiknya plasterkan sekali tembok bahagi jiran itu supaya tidak mengganggu pemandangan harian beliau dan kita tidak perlu minta jiran bayar kos dan sebagainya kalau memang kita sendiri yang nak bina tembok itu.

Ya Allah, kurniakanlah kami jiran-jiran yang baik, dan jadikanlah kami orang yang bersikap baik terhadap jiran-jiran kami. Amin.

Gambar 1:

Seorang pekerja muda uncle ini sedang siapkan tinted dalam bilik, warna hitam. Tapi bila snap gambar ini, tak nampak hitam pula.

Pantang Larang Semasa Pembinaan Rumah

Gambar 2:

Gambaran dari luar. Tinted ini dua layer, jadi dari luar beliau pilih warna hijau.

Gambar 3:

Berikut adalah beberapa hak-hak jiran tetangga, yang terdapat dalam sebuah hadith:

أَتَدْرُونَ مَا حَقُّ الْجَارِ؟ إِنِ اسْتَعَانَكَ أَعَنْتَهُ، وَإِنِ اسْتَقْرَضَكَ أَقْرَضْتَهُ، وَإِنِ افْتَقَرَ عُدْتَ عَلَيْهِ، وَإِنْ مَرِضَ عُدْتَهُ، وَإِنْ مَاتَ شَهِدْتَ جَنَازَتَهُ، وَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ هَنَّأْتَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ مُصِيبَةٌ عَزَّيْتَهُ، وَلَا تَسْتَطِيلَ عَلَيْهِ بِالْبِنَاءِ، فَتَحْجُبَ عَنْهُ الرِّيحَ إِلَّا بِإِذْنِهِ، وَإِذَا شَرَيْتَ فَاكِهَةً فَاهْدِ لَهُ، فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَأَدْخِلْهَا سِرًّا، وَلَا يَخْرُجْ بِهَا وَلَدُكَ لِيَغِيظَ بِهَا وَلَدَهُ، وَلَا تُؤْذِهِ بِقِيثَارِ قَدْرِكَ إِلَّا أَنْ تَغْرِفَ لَهُ مِنْهَا أَتَدْرُونَ مَا حَقُّ الْجَارِ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا يَبْلُغُ حَقُّ الْجَارِ إِلَّا قَلِيلًا مِمَّنْ رَحِمَ

Maksudnya:

“Apakah kalian tahu hak tetangga? Jika tetanggamu meminta bantuan kepadamu, engkau harus menolongnya. Jika dia meminta pinjaman, engkau meminjaminya. Jika dia fakir, engkau memberinya. Jika dia sakit, engkau menjenguknya. Jika dia meninggal, engkau menghantar jenazahnya. Jika dia mendapat kebaikan, engkau menyampaikan selamat untuknya. Jika dia ditimpa kesulitan, engkau menghiburnya.

Janganlah engkau meninggikan bangunanmu di atas bangunannya, hingga engkau menghalangi angin yang menghembus untuknya, kecuali atas izinnya. Jika engkau membeli buah, hadiahkanlah sebagian untuknya. Jika tidak melakukannya, maka simpanlah buah itu secara sembunyi2.

Janganlah anakmu membawa buah itu agar anaknya menjadi marah. Janganlah engkau menyakitinya dengan bunyi kualimu kecuali engkau menciduk sebagian isi makanan itu untuknya. Apakah kalian tahu hak tetangga? Demi Dzat yang menggenggam jiwaku, tidaklah hak tetangga sampai kecuali sedikit dari orang yang dirahmati Allah,”

(Hadith Riwayat At-Thabarani).

Hadith di atas ada diperselisihkan statusnya menurut sebahagian ulamak, namun mereka sepakat atas dasar fadail amal.Sementara Imam al-Ghazali, dalam kitabnya Bimbingan Mukmin menggariskan beberapa adab-adab berjiran, antaranya, "Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam rumahnya, kecuali setelah mendapat restu dan izin darinya.

"Begitu juga Dr. Wahbah Zuhaili dalam kitabnya, Fiqh Islami wa Adillatuh menyatakan bahawa, "Tidak boleh seseorang jiran untuk membina sesuatu yang boleh menghalang cahaya atau angin ke rumah jirannya. Tidak boleh juga membuat tingkap yang langsung boleh nampak ke dalam rumah jiran".Berikut pula adalah petikan kajian Muhamad Akramin Kamarul Zaman (2018) tentang hak al-irtifak antara jiran.

Katanya:

"Fatwa yang masyhur dalam kalangan al-Malikiyyah ialah tidak dilarang untuk seseorang membina sesuatu yang menghalang cahaya matahari, tetapi dilarang jika menyebabkan terhalangnya udara dan angin.

Mereka (al-Malikiyyah) sepakat menyatakan larangan kepada beberapa bentuk mudarat seperti membuat lubang atau saluran yang menyingkap jirannya, membina di rumahnya tempat bakar, atau spa, atau bengkel menempa besi, atau tempat menempa permata yang menyebabkan jiran terganggu dengan kesan asapnya, kecuali jika terdapat saluran yang menyelesaikan masalah asap tersebut.

Begitu juga dengan pengaliran air ke rumah jirannya yang mengganggu sehingga menyebabkan kerosakan bahagian tertentu rumah adalah dilarang". Wallahua'lam.

Kredit: Muaz Mohd Noor

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down