5 Kesilapan Semasa Deco Rumah Yang Kerap Dilakukan

3,423 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Nak hasilkan dekorasi rumah memang nampak sangat mudah kan? Namun, ramai yang terlepas pandang dan sering melakukan beberapa kesilapan semasa mendeco rumah kediaman.

Terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan tanpa sedar dan membuatkan keindahan sesuatu kediaman terkesan dengan perkara tersebut.

Tanpa berlengah lagi, jom kita lihat contoh kesilapan yang sering dilakukan itu.

5 Kesilapan Semasa Deco Rumah Yang Kerap Dilakukan

Kesilapan Semasa Deco Rumah
  1. Tak Pilih Tema.

    - Jika ingin melakukan sesuatu dekorasi rumah, tema dan gaya perlu dipilih terlebih dahulu. Dengan adanya tema, ia akan menimbulkan motif dan konsep dekorasi rumah yang ingin dihasilkan itu.
  2. 1 Ruang Lebih Dari 2 Tona Warna.

    - Penggunaan warna lebih dari 2 akan menjadikan kediaman kita kelihatan berserabut. Cukup sekadar penggunaan 2 warna sahaja. Ianya sudah memadai.
  3. Dinding Penuh Dengan Frame.

    - Ada yang berfikiran, jika mahu menghias dinding dengan ceria, boleh letak frame banyak-banyak. Sebenarnya cara itu salah. Penggunaan frame yang berlebihan ada menjadikan ruang dinding kurang menarik untuk dipandang.
  4. Terlalu Banyak Perabot.

    - Penggunaan banyak perabot tidak akan menjadikan ruang lebih menarik. Malahan, ianya akan menjadi pengacau kepada keluasan rumah kita. Sebaiknya cuba amalkan deco yang kurang menggunakan perabot "less is more".
  5. Terlalu Banyak Hiasan.

    - Jika hiasan rumah yang digunakan berlebihan, ia boleh menggangu keindahan sesuaitu ruang tersebut.

    - Jangan hanya memikirkan mahu menjadikan ruang tersebut untuk kelihatan mewah dengan penggunaan banyak perobot, ianya akan membuatkan ruang tersebut kurang menarik.
Kesilapan Semasa Deco Rumah

Itu sahaja perkongsian tips pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Kredit: @Nadiah Home

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down