Seperti yang semua tahu pembinaan loteng sekarang sudah menjadi kebiasaan di Malaysia terutamanya bagi mereka yang mempunyai syiling rumah yang tinggi.
Seorang pengguna Facebook ada berkongsi di Facebook page Tukang Apa Hari Ini (TAHI) tentang pembinaan loteng rumah jenis Mezzanine Floorenglish di rumah kliennya.
Gambar semasa proses pembinaan loteng. Tujuan loteng ini dibuat adalah untuk dijadikan tempat sementara apabila berlakunya banjir, bilik bujang dan juga ruang keluarga untuk berehat.
Beginilah hasilnya selepas disiapkan. Ada tangga yang menjadi penghubung diantara ruang atas dan bawah yang dibuat di bahagian bawah loteng.
Pembuatan loteng ini menelan kos sebanyak RM 65 000 sehingaa RM70 000 untuk keluasan 45 kaki pnjang x 11kaki lebar x 11kaki tinggi. Memandangkan ianya agak tinggi dan luas jadi kos untuk membuatnya agak mahal.
Sekian dahulu perkongsian daripada Giler Deco kali ini. Semoga perkongsian daripada Anis Bidin ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca di luar sana.