Rumah Dahulu Di Renovasi Menjadi Rumah Loteng Premium

20,922 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah zaman dahulu merupakan rumah yang sangat klasik dan antik. Ia juga merupakan simbol kepada rumah yang diduduki oleh masyarakat zaman dahulu samaada nenek atau moyang anda. Tetapi, untuk zaman sekarang pastinya rumah tersebut mungkin dilihat kuno bagi mata orang sekarang.

Namun, bagi Quzarina Syazareen dimana beliau yang sekarang menetap dirumah yang berusia hampir 30 tahun ini menyifatkan rumah tersebut masih lagi kukuh. Beliau menyatakan ingin melakukan dekorasi terhadap rumah tersebut dengan tujuan untuk memberi nafas yang baru.

Beliau telah melakukan satu renovasi terhadap rumah tersebut dengan mengubah dekorasi dan menambahkan bahagian loteng pada siling. Beliau telah berkongsikan hasil rumah loteng beliau di dalam laman sesawang facebook. Jom kita perkongsian dan hasil beliau renovasi rumah tersebut.

Perubahan Rumah Zaman Dahulu Di Renovasi Menjadi Rumah Loteng Premium

Salam semua.saya kongsi deko rumah yg dh berusia lebih kurang 30 tahun selepas di beri nafas baru

KEADAAN RUMAH SEBELUM TRANSFORMASI

Ini adalah bahagian rak buku dan juga tempat simpanan barang anak-anak yang terletak dibahagian bawah.

Keadaan rumah di bahagian ruang tamu yang berada dibawah loteng. Loteng asal yang hampir reput dan kedudukan tangga kena naik dari ruang makan

Keadaan ruang tamu sebelum renovasi dilakukan.

GAMBAR SELEPAS RENOVASI DILAKUKAN

Keadaan ruang tamu selepas renovasi dilakukan.

Pada bahagian bawah rumah loteng sekarang telah dijadikan tempat untuk anak-anak ulangkaji atau tempat membuat kerja sekolah mereka.

rumah loteng
rumah loteng
rumah loteng

Kalau dahulu untuk ke loteng kena naik daripada bahagian dapur. Sekarang saya tambah tangga pada bahagian ruang tamu agar senang untuk naik dengan cepat tanpa perlu melalui bahagian dapur. Atas loteng itu, saya letak mainan dan juga tempat baju anak-anak.

rumah loteng

Sumber : Quzarina Syazareen

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down