Setiap orang sudah pasti ada memasang niat untuk memiliki rumah sendiri. Namun, tidak semua berkemampuan. Sesetengah pasangan, mereka lebih memilih untuk berjimat cermat dan mengikat perut bagi memastikan anak dan isteri dapat tinggal di dalam keadaan yang selesa.
Itulah yang diceritakan oleh seorang isteri yang bernama Nurain Abu Bakar. Beliau dan suami telah bertekad untuk membina rumah dengan cara mereka sendiri tanpa perlu mengupah orang.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom kita terus ikuti di bawah ini.
Saya yang post rumah 3 tahun suami buatkan seorang diri tu, dari anak sulung umur 2 tahun, sekarang sudah 5 taun.
Sampai sudah ada adik baru, rumah siap tu pun baru siap dalam, luar tengah buat.
Dekat bawah ini ada gambar-gambar rumah sebelum siap dan ramai yang minta nak tengok gambar luar rumah.
Bahagian luar tak plaster dan tak cat lagi. Siapkan pada bahagian dalam dahulu.
Kita pelan-pelan kayuh, dari luar nampak macam rumah tak siap. Memang tak siap pun tapi dalaman alhamdulillah sudah cukup selesa buat kami anak beranak.
Inilah kawasan tanah yang akan dibangunkan sebuah rumah buat keluarganya tersayang.
Proses menambung tanah dilakukan dan tapak mula dinaikkan tiang dan batu-bata.
Pandangan bahagian luar semasa pembinaan rumah ini.
Pandangan bahagian dalaman rumah ini semasa proses pembinaan sudah hampir selesai dilakukan.
Alhamdulillah, akhirnya siap juga rumahku syurgaku istanaku setelah 3 tahun menanti dengan penuh kesabaran.
Hasil simpanan kami suami isteri buat sikit2 kumpoi duit yg ada, memang tahan nafsu nak beli apa2 demi rumah tercinta.
Hasil kudrat seorang suami buat siang malam. Terima kasih sayang.
Dari asal tanah, ikat bata, plaster, bumbung, pintu, lantai, siling, elektrik, paip air dan table top semua suami buat sendiri kecuali tingkap je panggil orang datang pasang
Terima kasih juga ibu mertuaku atas pemberian tanah pada kami anak & menantumu. Inshaa Allah kami kumpol duit lagi beli dekat mak.
Sementara ni kita pakai tikar getah dahulu, tunggu duit masuk kita pasang mozek pula.
Inilah rupa bahagian dalaman rumah ini setelah ianya selesai dibina. Jumlah bajet yang dikeluarkan setakat ini dalam lingkungan RM50K.
Boleh dikatakan ianya cukup berbaloi kerana rumah ini dibuat sendiri oleh suaminya. Keluasan rumah ini adalah 26x40.
Itu sahaja perkongsian pembinaan rumah pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana yang berkeinginan untuk membina rumah sendiri.
Semoga bermanfaat.