Kalau bahagian halaman rumah kita ni jenis sempit dan terhad, ia memerlukan idea dan kreativiti bagi memastikan apa yang dilakukan itu tidak bertambah sempit.
Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Kunije Tnije. Beliau telah berjaya mengubahsuai halaman rumah terhad menjadi lebih luas dan dwifungsi.
Jadi, bagi mengetahui bagaimana cara yang dilakukan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Ubahsuai ini dilakukan disebabkan terlalu banyak sangat barang dan tidak tahu dekat mana lagi nak simpan. Akhirnya beliau selesaikan masalah tersebut dengan menghasilkan stor.
Bermula dengan bahagian tempat rehat, tiang bawah itu beliau guna kayu keras lebihan dari projek lama. Kemudian, beliau beli plywood yang tebal jadikan sebagai lantai.
Kemudian, buat sementara waktu, beliau letak karpet terlebih dahulu.
Lebihan dari lantai laminate projek lama. Beliau memanfaatkan sepenuhnya.
Akhirnya, masukkan elemen pokok dan kita susun pokok-pokok secara kelompok dan tinggi rendah. Kerusi itu kerusi secondhand yang telah dibuang. Beliau DIY semula dengan betulkan kaki.
Sudah boleh dijadikan tempat mengopi dan ngeteh.
Nasihat kepada semua pembaca, sekiranya anda mempunyai ruang yang kecil dan tak ada ruang simpanan.
Anda masih mampu untuk merealisasikan idea ini dengan konsep dwifungsi supaya jimat ruang. Dalam waktu yang sama boleh guna sebagai tempat bersantai yang lebih bermanfaat untuk diri dan seisi keluarga.
Rasanya setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.