Peranan "Stiker Wallpaper" Dalam Kecantikkan Suatu Perabot

3,139 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Kerja-kerja mengubahsuai atau mencantikkan lagi permukaan sesuatu perabot ini kadang-kadang memerlukan kerja yang sangat berat. Antaranya ialah mengupah seseorang yang mahir untuk memecahkan permukaan perabot tersebut.

Ianya tidak mudah untuk melakukannya namun lagi mudah jika anda beralih dari proses memecah permukaan kepada proses memasang stiker wallpaper. Macam yang dilakukan oleh Nur Natasha Abdullah ini, ianya lebih mudah dan cepat jika menggunakan stiker wallpaper berbanding memecahkan permukaan perabot tersebut.

Nur Natasha mempunyai dapur yang berkeluasan 12 x 17 kaki bertemakan warna hitam putih. Ia diberikan nafas baru dengan konsep bertemakan ala-ala kayu pula. Kesemuanya hanya menggunakan stiker wallpaper sahaja. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Peranan "Stiker Wallpaper" Dalam Mencantikkan Sesuatu Permukaan Perabot

Sekali sekala tukar tema tukar angin bila mood rajin datang. Dah nak masuk 6 tahun tema kat dapur hitam putih. Kali ni tukar tema ala-ala kayu pulak.

Perubahan Sebelum & Selepas Memasang Stiker Wallpaper

Gambar Dapur Asal

Dapur asal saya yang dahulunya bertemakan warna hitam dan putih sahaja. Jadi, ingin tukar citarase bertemakan ala-ala kayu pula.

Stiker Wallpaper
Stiker Wallpaper

Gambar Dapur Yang Terkini

Table top tu balut saje dengan wallpaper. Wallpaper boleh cari kat shopee. Dia waterproof tiada masalah pasang area sinki skali. Kos tak sampai pon rm 30 untuk balut table top tu.

Lantai pula upah orang pasang SPC floor. Buat dengan Laminate Flooring Kuantan.

Dinding kat meja makan tu pula saya pasang shiplap. Shiplap juga boleh beli kat shopee aje. Rm 3.50 sekeping. Untuk area meja makan tu guna shiplap dalam 30 keping aje. Lepas pasang shiplap tu kena cat. Saya guna KCC paint warna Caramel.

Stiker Wallpaper
Stiker Wallpaper
Stiker Wallpaper
Stiker Wallpaper
Stiker Wallpaper
Stiker Wallpaper

Sumber : Nur Natasha Abdullah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down