Perbezaan Di Antara Lantai Laminate Dan Lantai Vinyl

2,006 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila anda hendak menukarkan tiles dirumah dan ingin digantikan dengan beberapa pilihan lantai. Lantai manakah yang anda akan pilih? Adakah lantai laminate atau juga lantai vinyl? Sudah semestinya kita akan pening memikirkan yang mana yang terbaik dan apakah perbezaan diantara lantai vinyl dan juga lantai laminate ini.

Usah risau kerana perkongsian daripada Flooring Expert Terengganu ini telah menerangkan apa perbezaan diantara 2 lantai tersebut. Jadi, dengan perkongsian ini dapat anda tentukan yang mana hendak anda gunakan diantara 2 lantai ini. Jom kita tengok perkongsian tersebut.

Ingin Mengetahui Apa Perbezaan Lantai Laminate & Lantai Vinyl? Ikutinya Disini!

Adakah anda sudah bosan dengan lantai tiles yang ada dirumah dan ingin melakukan perubahan?

Anda juga pening nak pilih yang mana diantara lantai laminate atau lantai vinyl? Ikuti perbezaan yang akan kami terangkan ini untuk anda.

Apa Itu Lantai Laminate Dan Cara Untuk Gunanya
Perbezaan Lantai Laminate Vinyl

Lantai lamina Inovar Floor menggunakan kayu keras yang berkualiti dan dilapisi permukaan berlamina corak kayu supaya kelihatan mewah dan moden. Lapisan berlamina di permukaan bersifat tahan calar dan tahan pudar apabila terkena cahaya UV.

Terdapat tiga ketebalan lantai ini iaitu 7.5 mm, 8mm dan 12mm dan boleh diletakkan di atas lantai yang sedia ada, sama ada ia adalah jubin, konkrit atau kayu keras.

Lantai lamina dipasang tanpa menggunakan gam tetapi hanya dikunci antara satu sama lain bagi mengelakkan lantai bergerak. Ia menghasilkan pegangan yang kuat supaya dan kemas. Selain itu, dapat mengelakkan air daripada memasuki celah lantai kayu.

Lantai jenis ini juga memerlukan penggunaan Skirting sebagai kemasan dinding dabahgain tepi. Skirting yang diguna oleh Inovar adalah menggunakan PVC yang tahan air dan anai-anai.

Apa Itu Lantai Vinyl Dan Cara Untuk Gunanya

Lantai vinyl diperbuat daripada PVC yang kelihatan sama seperti kayu. Lantai vinyl perlu digam ke lantai bagi melekatkan ia ke atas permukaan lantai. Tetapi terdapat juga lantai vinyl yang tidak perlu digam dan hanya perlu dikunci antara satu sama lain seperti lantai berlamina.

Ketebalan lantai ini rata rata adalah 3mm hingga 5mm. Penggunaan kemasan Skirting adalah atas pilihan pelanggan kerana sifat vinyl yang fleksibel membolehkan ia dipasang terus hingga ke bahagian paling tepi dinding.

Sebahagian besar daripada lantai vinyl adalah fleksibel dan lembut, jadi ia boleh bertolak ansur dengan lantai yang mempunyai bonggol di atasnya atau curam. Walau bagaimanapun, ia adalah penting bahawa lantai asal adalah rata bagi mendapatkan efek lebih cantik dan kemas.

Tips Untuk Anda Dalam Pemasangan Lantai Ini

Pemilihan samada lantai lamina atau lantai vinyl bergantung kepada keadaan lantai dan kesesuaian lantai yang ingin dipasang. Pilihan terbaik adalah anda harus melibatkan seorang professional berkaitan lantai untuk membantu anda dalam membuat pemilihan bergantung kepada keadaan lantai, jeperluan dan bajet anda.

Renovasi lantai merupakan perkara yang jarang sekali kita lakukan, jadi tidak salah sekirannya kita inginkan hasil yang terbaik dan tahan lama menggunakan material yang berkualiti. Jangan disebabkan kos yang rendah menjadi pilihan, anda terpaksa menanggung kerugian mengeluarkan kos dua kali ganda untuk membaikpulih lantai anda.

Sumber : Flooring Expert Terengganu

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down