Dekorasi pada dinding dalaman rumah sangat penting. Hal ini kerana, ia cukup mampu memberi impak yang positif dan menjadikan ruang tersebut kelihatan luas dan mewah. Tambahan lagi, jika pandai bermain dengan warna, aksesori, susunan dan pemilihan perabot, ruang akan nampak lebih hidup.
Kebanyakan pemilik rumah pada ketika ini lebih memilih untuk menghasilkan sendiri sahaja pemasangan wainscoting kerana ianya lebih menjimatkan kos. Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Sharq Zulkifli. Beliau telah berjaya menghasilkan kediamannya lebih kelihatan mewah dengan hanya menggunakan wainscoting sahaja.
Tanpa berlengah lagi, jom kita lihat proses yang dilakukan oleh lelaki ini dalam menghasilkan dekorasi idaman untuk rumah kediamannya.
Percubaan kali pertama DIY mendeko menggunakan wainscoting. Ambik masa jugak untuk siapkan, semuanya ikut kelapangan masa yang ada.
Design awal yang dilakar dengan menggunakan microsoft excel.
Pandangan sebelum pasang cermin tinggi.
Yang ini minta kilang printing/signboard yang buat. Pakai material plastwood dan acrylic.
Ketika ini sudah teruja dengan perubahan dinding asal.
Ketika ini pemotongan kayu dilakukan menggunakan mitrebox. Jika mahu lebih cepat dan mudah, upgrade ke mitre saw okatz 8".
Peringkat pertama buat wainscoting. Beliau belajar dari Youtube sahaja.
Pandangan akuarium dari dapur. Bahagian ini belum siap sepenuhnya.
Tangga asalnya tiles. Yang ini bukan DIY, beliau minta syarikat karpet yang buat. Siap ada lampu kecemasan dari Mr.DIY sebagai hiasan.
Ruang tamu kedua, masih belum siap sepenuhnya. In Shaa Allah beliau akan sambung buat wainscoting dan grand mirror di kedua-dua belah dinding itu.
Pandangan secara close up bahagian penjuru dinding.
Ruang corner ini adalah tempat anak-anaknya belajar dan mengulang kaji pelajaran.
Ketika ini ada sales dekat SSF, isteri beliau memang sangat menyukai wing chair. Jadi, beliau beli wing chair yang ini. Pada ketika ini, beliau masih pakai karpet lagi.
Alhamdulillah, Siap akhirnya. Suis masih lagi guna yang lama.
Ketika ini, sofa cuma ada yang ini sahaja.
Gambar terbaru ruang tamu ini selepas berjaya diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea buat semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan wainscoting pada dinding dengan cara DIY sahaja.
Selamat mencuba.