Kita semua bukanlah tidak berbakat sebenarnya. Cuma kurang berpengalaman sahaja untuk melakukan kerja bertukang dan projek DIY.
Namun, jika memiliki minat yang mendalam di dalam bidang pertukangan, segala perkara mustahil mampu dan berjaya dilakukan.
Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini bernama Adzrief Adzrief, percubaan pertama dalam menghasilkan projek DIY pada dinding kediamannya dilakukan dengan jayanya.
Jadi, jika ingin melihat projek DIY ini dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Percubaan pertama. Projek DIY shiplap dan batten wall. Alhamdulillah akhirnya selesai.
Bahagian dinding pada laluan ke bilik semasa pemasangan kayu shiplap dilakukan.
Selepas selesai dipasang, kayu shiplap tersebut perlu disapu cat coating terlebih dahulu.
Dinding pada laluan ke bilik selesai dipasang kayu shiplap.
Pada bahagian dalam bilik pula, batten wall dipasang pada sudut bahagian dinding bawah.
Dinding bilik tidur selepas berjaya diserikan dengan menggunakan batten wall.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca diluar sana.