Boleh dikatakan ramai yang pernah mengalami masalah binatang yang sering masuk pada bahagian siling rumah.
Antara binatang yang sering memasuki bahagian siling adalah biawak, tikus, ular, tupai dan musang. Namun, ianya bakal menjadi satu masalah besar sekiranya haiwan yang berada di dalam kawasan siling itu mati dan menyebabkan bau busuk.
Seperti yang dialami oleh pemilik rumah ini, bahagian siling rumah beliau telah dimasuki musang dan malangnya musang tersebut telah mati dan meninggalkan bau yang cukup tidak menyenangkan kita.
Pasti ada sebab kenapa haiwan boleh mati dekat siling kan? Jadi, kami sediakan beberapa sebab dan teori yang boleh menjadi punca kematian musang itu.
Ini di antara yang boleh menyebabkan kematian musang di atas siling:
Pandangan dari Netizen:
Kena tahu dahulu musang itu mati sebab apa.
Kalau memang letak racun atas siling nak bunuh tikus dan sebagainya, mungkin musang itu mati sebab makan racun.
Oleh kerana itu tak sarankan sangat letak racun dalam siling.
Sebaiknya tutup lubang access binatang masuk.
Musang juga boleh mati disebabkan terkena renjatan elektrik (wire damage).
Ianya lagi bahaya kalau nak buat kerja dekat atas siling. Sebelum cuci, tutup BD dahulu.
Faktor ketiga adalah musang tersebut kena sengat atau dipatuk binatang berbisa yang ada atas siling itu
Jadi, ia perlu diperiksa dengan teliti dan betul sebelum masuk dalam siling itu. Namun ia hanyalah jangkaan sahaja sebab musang memang agak susah nak mati tanpa sebab. - Ahmad Azreen Safuan
Mungkin kena selidik dahulu perkara di atas untuk penyelesaian masalah seperti ini untuk jangka masa yang panjang supaya kes seperti ini tidak berulang lagi.
Beberapa langkah penyelesaian adalah:
Itu sahaja cara mengatasi dan penyelesaian mengenai isu musang masuk dan mati di atas siling. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam menangani masalah ini.
Kredit posting: Berung Marah