Sebuah living room ataupun ruang tamu siling rendah dirumah ini telah diberikan perubahan yang menyeluruh. Pada asalnya hanyalah nak buatkan accent wall sahaja tetapi disebabkan keseluruhan ruang tamu tersebut nampak daif dan muram. Owner decide nak tukarkan dan ganti plywood yang baharu.
Owner ataupun lebih dikenali sebagai Fyz Deniel's ini berkongsikan hasil menyeluruh ruang tamu bersiling rendah dirumahnya. Beliau hanyalah tukang tengok dan tukang mengarah sahaja namun hasil yang dilakukan ini sangatlah cantik.
Ayuh kita tengok bagaimana hasil bahagian ruang tamu ini kelihatan. Adakah ianya cantik ataupun tidak?
Alhamdulillahh siap jugak walaupun tukang tengok tukang mengarah ja. Kitorang decide nak buat accent wall. Extend ruang jadi living room ceiling rendah dan space tak besar sangat. Asalnya belakang tv tu tukang rumah tampal plywood sebab nak cover ada tingkap bilik, living room ni fully wallpaper.
Then bila lama² ada sedikit reput kat bahagian bawah kiri. Husband saya betulkan balik tampal plywood baru. Tak suka heavy² nak nampak ruang besar/luas dan tak sempit kitorang pilih colour soft². Buat sehabis sesimple mungkin. Ada lagi barang tak sempat masok sepenuhnya, wall belakang belom masok gambar². Curtain pon sempat pasang day curtain ja dulu. Bila ada anak kecik yang super lasak mommy tak berani nak letak lebih² hiasan.
Ruang Tamu Lama Dengan Wallpaper Yang Buruk
Wallpaper asal sebelah kiri tu, wall tengah ni pulak dah bertukar wajah kasi koyak baju lama.
Sama juga pada bahagian ruang tv ni. Teruk sangat dah wallpaper bahagian-bahagian ini.
Plywood lama yang dah pun crack.
Buang terus wallpaper dan ini adalah plywood yang baharu digantikan.
Tadaaaa!!! Siap juga dinding plywood yang baharu ini.
Disebabkan nak bagi ruang ni nampak luas, warna putih yang merupakan warna soft menjadi pilihan.
Hasil Akhir Perubahan Ruang Tamu Siling Rendah Ini
Kredit : Fyz Deniel's