Memiliki dapur yang cantik dan kemas memang menjadi idaman setiap suri rumah. Lagi-lagi apabila ingin menyambut hari raya mesti anda mahukan dapur yang cantik dan kelihatan mewah bukan? Perkongsian kali ini adalah dari Nurhidayah Sahalan. Perkongsiannya adalah mengenai projek dapur raya pkp guna konsep "kitchen island".
Jom sama-sama ikuti perkongsian deco dapur yang menarik ini.
Projek dapur PKP.
Alhamdulillah siap juga.
Dapatlah merasa dapur Ramadan.
Idea island saya ambil dari kawan saya Puan Zaini Bedor tang seating dan kaki table island.
Ini adalah sketch kabinet dapur yang dilukis sendiri olehnya.
Beli rumah ini sebab dah siap built in kitchen. Tapi bertahan 3 bulan sahaja sebab nak kena renovate bilik air.
Tambah tempered glass pada dinding lama sebab nak hilangkan kesan tiles di dapur lama.
Teringin nak ada rak pinggan, jadi kita buat bertutup sebab banyak mood malas daripada rajin. Kalau mentua datang, tutup je, Senang.
Ini keseluruhan dapur tambahan baru. Kepala paip dua sebab senang. Satu itu boleh tarik kepalanya, satu stay.
Almari cawan. Ada dua sisi kanan dan kiri island ini. Tetiba rasa tak ada cawan pula kat rumah.
Sebab kita custome, jadi saya full utilised ruang bawah island. Ada open shelf dan rak di situ. Smart plug kat situ senang nak guna apa-apa gajet dapur kelak.
Open shelf. Letak siap-siap microwave di situ. Pinggan mangkuk semua di situ.
Keseluruhan deco dapur dari arah tandas. Ya kekalkan dapur lama dan tambah dapur baru sebab yang baru pakai subway tiles. Malas nak sental minyak-minyak sambal.
Pandangan daripada pintu dapur.
Sebelah sini pula ada open shelf untuk letak barang selalu pakai.
Close up sikit. Kerusi beli di Ikea.
Hasilnya. Table island ni besar. Saiznya adalah 8.5ft x 3.5ft. Top pakai quartz stone.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi untuk anda pada hari ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi idea dan inspirasi kepada anda dalam deco dapur.