Projek Dapur Raya PKP Guna Konsep "Kitchen Island"

4,449 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki dapur yang cantik dan kemas memang menjadi idaman setiap suri rumah. Lagi-lagi apabila ingin menyambut hari raya mesti anda mahukan dapur yang cantik dan kelihatan mewah bukan? Perkongsian kali ini adalah dari Nurhidayah Sahalan. Perkongsiannya adalah mengenai projek dapur raya pkp guna konsep "kitchen island".

Jom sama-sama ikuti perkongsian deco dapur yang menarik ini.

Projek Dapur Raya PKP Yang Sangat Cantik :

Projek dapur PKP.
Alhamdulillah siap juga.
Dapatlah merasa dapur Ramadan.
Idea island saya ambil dari kawan saya Puan Zaini Bedor tang seating dan kaki table island.

Ini adalah sketch kabinet dapur yang dilukis sendiri olehnya.

deco dapurBeli rumah ini sebab dah siap built in kitchen. Tapi bertahan 3 bulan sahaja sebab nak kena renovate bilik air.

Tambah tempered glass pada dinding lama sebab nak hilangkan kesan tiles di dapur lama.

deco dapurTeringin nak ada rak pinggan, jadi kita buat bertutup sebab banyak mood malas daripada rajin. Kalau mentua datang, tutup je, Senang.

Ini keseluruhan dapur tambahan baru. Kepala paip dua sebab senang. Satu itu boleh tarik kepalanya, satu stay.

deco dapurAlmari cawan. Ada dua sisi kanan dan kiri island ini. Tetiba rasa tak ada cawan pula kat rumah.

deco dapurSebab kita custome, jadi saya full utilised ruang bawah island. Ada open shelf dan rak di situ. Smart plug kat situ senang nak guna apa-apa gajet dapur kelak.

deco dapurOpen shelf. Letak siap-siap microwave di situ. Pinggan mangkuk semua di situ.

deco dapurKeseluruhan  deco dapur dari arah tandas. Ya kekalkan dapur lama dan tambah dapur baru sebab yang baru pakai subway tiles. Malas nak sental minyak-minyak sambal.

deco dapurPandangan daripada pintu dapur.

deco dapurSebelah sini pula ada open shelf untuk letak barang selalu pakai.

deco dapurClose up sikit. Kerusi beli di Ikea.

deco dapurHasilnya. Table island ni besar. Saiznya adalah 8.5ft x 3.5ft. Top pakai quartz stone.

deco dapurItu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi untuk anda pada hari ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi idea dan inspirasi kepada anda dalam deco dapur.

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down