Penghasilan dekorasi cara bajet sangat sesuai dilakukan untuk golongan keluarga sederhana yang mahu berjimat cermat dari pelbagai aspek. Hal ini kerana, tidak semua orang mampu untuk mengupah orang kerana ianya sudah pasti akan mengeluarkan bajet yang agak besar.
Jadi, jalan terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan menghasilkannya sendiri dengan cara DIY bajet. Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Fatin Nur Fathiah. Beliau telah melakukan projek dekorasi bajet berkonsepkan accent wall dengan cukup kelihatan kreatif dan menarik.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom terus ikuti di bawah ini.
Hasil serba kekurangan dari saya. Saya tak buat ukuran yang tepat,cuma buat agak-agak saja.
Asalnya nak letak warna lain, warna ini cuma nak habiskan cat warna dinding asal tetapi bila sudah siap macam okey juga.
Sebelum dihasilkan pada dinding, beliau memilih untuk melakar terlebih dahulu.
Bahagian dinding yang ingin dipasang kayu MDF supaya lebih ceria dan berseri-seri.
Kayu MDF mula dipasang mengikut lakaran yang disediakan.
Selepas selesai dipasang pada dinding, proses seterusnya pula adalah dengan mengecat bahagian tersebut.
Hasil selepas dipasang dinding accent. Beginilah keadaan dinding ruang tamu rumahnya. Jelas lebih kelihatan menarik dan ceria.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi idea dan inspirasi kepada semua pembaca di luar sana. Selamat mencuba.