Projek DIY Accent Wall Cermin Gaya Berpagar

17,057 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah tak melihat deko rumah berkonsepkan accent wall cermin berpagar seperti ini? Pasti jarang kan?

Untuk pengetahuan semua, accent wall adalah salah satu dekorasi pada dinding yang sering digayakan oleh pemilik rumah bagi menjadikan suasana rumah kediaman lebih menarik dan ceria.

Perkara tersebut dilakukan sendiri oleh seorang pemuda yang bernama Hazrol Hafiz. Penghasilan accent wall tidak dihadkan mengikut satu corak sahaja, kadangkala ianya boleh dilakukan mengikut konsep dan kreativiti tersendiri.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian ini dengan lebih lanjut di bawah.

Projek DIY Accent Wall Cermin Gaya Berpagar

Hasil projek DIY baru belajar

Ini adalah bahagian dinding sebelum diubahsuai. Jelas kelihatan kawasan dinding ini lapang dan tidak ada corak apa-apa.

Diy accent wall cermin

Proses-proses pemasangan accent wall mula dipasang dan proses mengecat juga dilakukan.

DIY Accent Wall

Proses mengecat diteruskan lagi dengan warna pilihan.

DIY Accent Wall

Kerja mengecat sudah hampir siap.

DIY Accent Wall

Inilah hasil dinding setelah selesai dipasang accent wall. Seterusnya adalah dengan memasang cermin pada dinding pula.

DIY Accent Wall

Kerja-kerja pemasangan cermin sudah hampir siap dilakukan.

DIY Accent Wall

Bahagian dinding setelah accent wall selesai dipadankan dengan cermin menjadikan ianya kelihatan seperti gaya berpagar.

DIY Accent Wall

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deco kediaman masing-masing.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down