Boleh dikatakan bukan semua orang diberi kelebihan untuk bertukang. Ada juga sesetengah orang, memang sangat meminati untuk melakukan DIY, namun hasil yang diperoleh tidak begitu memuaskan.
Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang isteri kepada lelaki yang melakukan projek DIY ini yang bernama Norazihan Mokhtar. Beliau telah menghasilkan almari pakaian, meja study dan mini meja solek dengan cara DIY sahaja.
Jika diberi kelebihan dalam bertukang, apa salahnya bakat istimewa itu terjemahkan demi keselesaan keluarga kita sendiri. Setidaknya, ia dapat membahagiakan mereka dengan hasil tangan kita sendiri.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian projek DIY yang sangat kreatif dan menarik ini.
Kali pertama nak kongsi dekat sini iaitu kesungguhan suami saya membuat almari pakaian, meja study dan mini meja solek untuk bilik anak dara kami.
Walaupun ini adalah pertama kali cuba melakukan diy tetapi alhamdulillah projek pertama ini menjadi.
Ini adalah semasa proses pemotongan plywood untuk dijadikan almari pakaian.
Link Shopee :
Kayu yang dipotong tadi sudah mula dipasangan mengikut saiz yang ditetapkan untuk dijadikan almari pakaian.
Panel pada bahagian dalam almari sudah dipasang untuk jadikan sebagai rak tempat letak baju.
Bahagian luar almari dicat dengan cat hitam.
Inilah hasil almari pakaian selepas projek DIY selesai dilakukan.
Meja belajar setelah berjaya dipasang.
Bilik tidur kelihatan lebih menarik dengan pemasangan lampu LED.
Meja solek selepas selesai dihasilkan.
Keadaan bilik tidur anaknya itu.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga perkongsian projek DIY ini bermanfaat untuk semua pembaca di luar sana. Selamat mencuba.